Monday 16 November 2015

Supplement Membantu Penderita MIGRAINE

Hi Assalamualaikum...

Hari ini saya nak ceritakn tentang satu masalah kesihatan yang sering melanda pelbagai golongan masakini iaitu MIGRAINE.




Saya sendiri pun seringkali mengalami masalh Migraine. Mari kita ungkai apakah Migraine, punca dan cara mengatasinya...

Apa itu MIGRAINE?

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine 

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Apakah punca MIGRAINE?



Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1. Pemakanan


Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheesenitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2. Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3. Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine : 



  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat.

Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.



Apakah Cara Mengatasi Pesakit Migarine Selain Daripada Ubat-ubatan?

Supplement sangat membantu pesakit Migraine.

Supplement yang saya cadangkan ialah OSTEMATRIX & B-COMPLEX SHAKLE

Bagaimana kedua-dua Vitamin ini membantu?


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.





B Complex




Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita Migraine, kenal pasti apakah penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang Migraine. Sekiranya anda mengetahui ia berpunca dari pemakanan anda, maka anda haruslah menjaga pemakanan.Begitu juga jika ia berpunca dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti harian dan sebabgainya.


Serta pertimbangkanlah tentang pengambilan Vitamin / Supplements sebagai membantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti adalah lebih baik dari pengambilan ubat-ubatan berasaskan dadah untuk jangka masa panjang yang pasti akan memudaratkan kesihatan anda di masa akan datang..

Jom lihat Apa Kata Mereka ...

Testimoni 1 :



Testimoni 2 :


Testimoni 3 :




Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja 


Jangan Biarkan Alasan Menguasai Hidup Anda


Ramai yang nak buat bisnes tapi mesti "stuck" bila nak buat..

Kenapa 'stuck' ??

Ramai yang memberikan alasan bila nak mulakan bisnes.. alasan yang biasa ialah sebab anak.. sebab tiada masa, sebab tak da modal, sebab suami tak support, sebab banyak kerja sibuk sampai tak boleh fokus pada bisnes dan banyak sebab-sebab lain....

Tidak dinafikan, sebab-sebab di atas adalah masalah untuk mereka yang melihat ia sebagai masalah. Tetapi bagi yang ingin berjaya punyai impian, mereka mengaggap semua masalah itu adalah satu "cabaran" yang mereka harus atasi untuk berjaya.

Jika ditanya kepada orang yang berjaya, adakah mereka sendiri tiada cabaran? Adakah mereka tiada anak? Adakah mereka datang dari golongan orang yang kaya dan ada banyak modal? Adakah mereka memang banyak masa?


Saya pasti semua ada masalah dan cabaran masing-masing. Bagaimana kita mengatasi masalah masalah atau cabaran itulah menentukan "siapa kita pada masa akan datang"

Antara sikap orang yang berjaya ialah "sanggup berkorban" dan"tidak memberi alasan".

Tinggalkan lah sepulau alasan.. hiduplah di bumi nyata. Tiada laut yang tak bergelora.. Dan sesungguhnya laut yang bergelora tu lah yang mengajar anak kapal cekap mengemudikan kapalnya. Jika laut sentiasa tenang, anak kapal

takkan pandai pun sampai bila2..

Tanya pada diri anda, adakah anda selesa dengan kehidupan anda sekarang? Jika ya, sukar untuk anda membuat perubahan.

Tetapi jika anda rasa anda "tak selamat" dan mahu keluar dari zon selesa anda, berjuanglah.


Sumber Farah Alias

Hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk berjaya dan mengubah masa depan anda.Jika anda seoarang yang komited dan ingin mengubah kewangan anda sertai lah kumpulan saya...

Saya akan memberikan segala tunjuk ajar kepada anda nanti.. Insyallah..





Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja