Thursday 22 October 2015

Tips cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin


Apabila dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor atau nurse akan periksa berapa cm bukaan kita. Sesetengah org sekejap sahaja sakit, dan bersalin.

Tetapi ada orang menderita berjam-jam atau paling lama berhari-hari sakit tetapi bukaan masih tetap sama, tiada beza. Hanya allah sahaja yang mengetahui.

Jom kita baca Tips cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah nak bersalin nanti

1. Berjalan
Ya, memang tengah sakit. Tetapi kalau duduk sahaja lagi pintu rahim lambat terbuka. Setiap kali check bacaan yangs sama. Jadi perbanyakkan berjalan. Minta suami pempinkan kalau takut terjatuh

2. Jangan Minum Air Selusuh Terlalu Awal
Kebiasaanya bila nak bersalin, ramai ibu sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat kerana bayi sudah bersedia hendak keluar tetapi bukaan masih kecil.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Oleh itu,elakkan minum air selusuh awal­-awal ye. 
.
3. Berdoa
Teruskan membaca doa Nabi Yunus Dalam Perut ikan yu. Jangan putus baca doa ni. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf kepada Ibu Bapa Dan Suami
Dah dekat tarikh nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, dan suami. Minta mereka doakan supaya selamat . Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang
.
5. Baring mengiring 
Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. 

7. Makan Kurma dan Minum Air Zam zam
Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.

Semoga tips ini memudahkan anda ketika bersalin yang boleh anda amalkan. 

Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

Jika anda tercari-cari set bersalin boleh mencuba Set Bersalin di sini

Shaklee Id No.923970

8 Tips Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang


Masalah sembelit adalah sessuatu yang normal selepas melahirkan bayi. Ini kerana banyak air yang telah terbuang dari badan semasa proses kelahiran terjadi. Episiotomi ( tisu dibahagian rektum yang terkoyak dan dijahit) biasanya menyebabkan kesakitan semasa buang air besar. Ngeri sungguh bila sembelit sewaktu berpantang.

Bukan setakat lenguh nak bertapa dalam toilet, ia juga boleh meningkatkan risiko kita untuk terkena buasir dan membuatkan kita tidak selesa, rasa takut, fobia untuk membuang air besar.

Disini saya ingin kongsikan TIPS mengatasi sembelit ketika berpantang.



1. Mengambil Diet yang seimbang semasa berpantang

Jadi pastikan diet anda terdiri daripada makanan yang berserat tinggi serta pastikan diet anda turut terdiri daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran yang boleh dimakan ketika berpantang, contohnya epal hijau dan buah oren.
2. Minum air dengan secukupnya 

Bagi ibu yang memberikan susu badan minum air masak secukupnya.Air dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

3. Elakkan Sikap Suka Bertangguh

Jika anda merasakan sudah masanya untuk menunaikan hajat, segeralah ke tandas. Elakkan sikap suka bertangguh akan membawa padah yang mana akhirnya boleh mengakibatkan sembelit.

4. Elakkan Duduk ataupun Terbaring Terlalu Lama

Cubalah untuk berjalan walaupun sedikit demi sedikit kerana ini dapat membantu sembelit dari menjadi semakin teruk.

5.Tandas Duduk Sangat Membantu

Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

6. Menggalakkan pergerakan usus 


Anda juga boleh menggalakkan pergerakan usus dengan cara menarik dan mengendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempisdan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut anda. Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik anda sewaktu senaman ini dilakukan.

7. Jangan biarkan sembelit berterusan. 

Jumpalah doktor dan jangan dibiarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.


8. Pilih Set Bersalin yang sesuai

Pastikan Set Bersalin yang anda ambil sesuai dengan anda ketika dalam proses berpantang. Jika boleh ambil yang boleh mengatasi masalah sembelit ketika berpantang nanti. 

Bagi yang mencari dan tidak tahu Set Bersalin yang manakah dapat mengatasi sembelit ketika berpantang, saya sangat menggalakkan anda mencuba Set Bersalin Shaklee. 

Saya sendiri telah mencuba Set Bersalin Shaklee ketika bersalin anak kedua. Memang nyata Set Bersalin Shaklee membantu saya mengatasi masalah sembelit. Tidak seperti berpantang anak pertama, saya mengalami sembelit yang amat teruk sehingga kan rasa serik untuk bersalin lagi.

Lihat sendiri apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee ini 
Jom baca testimoni pengalaman pengguna Set Bersalin Shaklee 




Alhamdulillah.... Sembelit Tiada Susu Meriah, Baby Kurang Meragam.
Jangan ragu-ragu lagi cubalah Set Bersalin Shaklee. Insyallah anda juga akan merasai pengalaman berpantang seperti mereka.



Jika anda ada sebarang pertanyaan jangan segan atau malu boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Visit My IG ( Instagram) : NEILAZIRAH

Konsultasi hanya untuk pelanggan saya sahaja.