Thursday 22 October 2015

Tips cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin


Apabila dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor atau nurse akan periksa berapa cm bukaan kita. Sesetengah org sekejap sahaja sakit, dan bersalin.

Tetapi ada orang menderita berjam-jam atau paling lama berhari-hari sakit tetapi bukaan masih tetap sama, tiada beza. Hanya allah sahaja yang mengetahui.

Jom kita baca Tips cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah nak bersalin nanti

1. Berjalan
Ya, memang tengah sakit. Tetapi kalau duduk sahaja lagi pintu rahim lambat terbuka. Setiap kali check bacaan yangs sama. Jadi perbanyakkan berjalan. Minta suami pempinkan kalau takut terjatuh

2. Jangan Minum Air Selusuh Terlalu Awal
Kebiasaanya bila nak bersalin, ramai ibu sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat kerana bayi sudah bersedia hendak keluar tetapi bukaan masih kecil.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Oleh itu,elakkan minum air selusuh awal­-awal ye. 
.
3. Berdoa
Teruskan membaca doa Nabi Yunus Dalam Perut ikan yu. Jangan putus baca doa ni. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf kepada Ibu Bapa Dan Suami
Dah dekat tarikh nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, dan suami. Minta mereka doakan supaya selamat . Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang
.
5. Baring mengiring 
Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. 

7. Makan Kurma dan Minum Air Zam zam
Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.

Semoga tips ini memudahkan anda ketika bersalin yang boleh anda amalkan. 

Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

Jika anda tercari-cari set bersalin boleh mencuba Set Bersalin di sini

Shaklee Id No.923970

No comments:

Post a Comment