Thursday 19 November 2015

Manfaat Vitamin C Untuk Tubuh Kita


Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia sangat diperlukan oleh badan kita kerana ia tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh badan.

Vitamin C juga antara paling popular dari Vitamin lain. Badan kita mengunakan banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Tahukah anda?
  • Seorang perokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos Vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit


Manfaat Utama Vitamin C 

1. Imunisasi


Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

2. Antioksidan


Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

3. Mengurangkan Demam Ringan


Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

4. Melindungi dari Kanser


Membantu dalam mencegah penyakit barah (kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser. Antioksida pada vitamin C dapat melindungi sel dari kerosakan DNA dan melindungi tubuh dari serangan kanser dalam jangka masa panjang. Kerana dalam kata lain vitamin C juga berfungsi meningkatkan sistem kekebalan tubuh, maka risiko terkena semua jenis kanser seperti paru - paru, mulut, tekak, usus besar, perut.

5. Mencegah Penyakit Jantung, darah tinggi, stroke, buah pinggang


Seperti yang dijelaskan, Vitamin C dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh mencetuskan penyakit jantung.  Vitamin C juga boleh mencegah berlakunya kerosakan pada dinding dinding arteri yang bertindak sebagai pencetus pembentukan plak. Vitamin C juga menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah yang mana membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari, stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
6. Mencegah dan Merawat Diabetes

Kepada pesakit kencing manis, sangat baik untuk meningkatkan penggunaan makanan yang tinggi Vitamin C. Ini kerana Vitamin C membantu mengatur kadar gula dalam darah sehingga risiko diabetes ataupun yang telah menghidap diabetes dapat dikurangkan, paling tidak meminimumkan komplikasi.

7. Mencegah Asthma

Kekurangan pengambilan vitamin C boleh menyebabkan asthma. Penyakit yang tidak boleh dianggap remeh ini harus ditangani dengan optimum, salah satunya dengan menukar histamin dengan Vitamin C.

8. Berguna untuk Pesakit Hipertensi


Hipertensi adalah keadaan di mana tubuh mengalami kenaikan tekanan darah. Usaha yang boleh dilakukan adalah dengan penggunaan makanan penurun tekanan darah serta tindakan yang tidak memberi isyarat terhadap penyebab naiknya tekanan darah . Salah satu makanan yang dapat menurunkan tekanan darah adalah yang kaya vitamin C.
9. Mengurangkan Berat Badan

Para pakar kesihatan di bidang pemakanan  sering memaparkan bahawa buah dan sayur dengan kandungan tinggi vitamin C dapat membantu menurunkan berat badan secara signifikan.

10. Mencegah Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak danmeningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

11. Meningkatkan Tenaga


Vitamin C dapat meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress, pemakanan, pencemaran persekitaran. Vitamin C boleh menyokong fungsi adrenalin untuk meningkatkan metabolisme tenaga. 

12. Mengurangkan Kolestrol & Mencegah Batu Karang


Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone) dan juga mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari, darah tinggi, stroke dan sebagainya.

Kelebihan dan manfaat lain Vitamin C untuk kesihatan:

  •  Sebagai Anti Oksidan yang penting.
  •  Pemulihan luka dan melecur.
  •  Pembinaan colagen dalam badan.
  •  Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
  •  Membantu penghasilan hormon.
  •  Membantu penghasilan protein untuk sistem immuniti tubuh.
  •  Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
  •  Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
  •  Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
  •  Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
  •  Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
  •  Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
  •  Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  •  Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

Ternyata banyak sekali kebaikan dan manfaat vitamin C untuk diri kita


Di Shaklee, Vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.


Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja