Tuesday 10 November 2015

6 Tips Ibu Perlu Buat Selepas Melahirkan Bayi




Bagi yang pertama kali bersalin tentu tidak dapat membayangkan apa yang akan dilalui selepas selesai proses bersalin. 
Pengalaman pertama tersebut memang menyeronokkan tetapi ada kalanya boleh menyebabkan ibu berasa tertekan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan. Apa kata ketahui beberapa perkara yang akan dilalui selepas bersalin dan TIPS bagaimana menghadapi situasi tersebut.

1. Tukar baju

Selepas selesai segala urusan kelahiran bayi, sebaiknya anda tukar segera kepada pakaian yang bersih. Ini supaya anda lebih selesa dan bersih.

2. Ubat tahan sakit

Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor. Ini untuk memberikan anda kelegaan daripada terpaksa menanggung kesakitan luka bersalin terutama secara pembedahan caesarean.


3. Tidur
Apabila bayi baru lahir anda tidur, sepatutnya anda juga turut tidur. Ini untuk memastikan anda juga boleh berehat dengan cukup kerana anda perlu berjaga untuk menyusukan bayi apabila dia terjaga kelak.


4. Minta bantuan

Jangan malu meminta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemusykilan seperti bayi, diri sendiri, penyusuan dan sebagainya terutama jika anda baru pertama kali bergelar ibu.


5. Bekalan makanan


Pastikan bekalan makanan seperti biskut, air berada dekat dengan sisi anda. Ini kerana selepas melahirkan bayi, anda akan cepat berasa lapar dan dahaga. Anda pula masih tidak kuat untuk bergerak seperti biasa, maka jika barangan tersebut hampir, anda tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.

6. Hadkan masa

Anda perlu menghadkan masa untuk menerima kunjungan tetamu yang mahu menziarahi bayi. Ini kerana pada minggu awal selepas bersalin, anda dan bayi perlu masa untuk berehat.

SUMBER PA&MA
Anda boleh mengamalkan Set Bersalin Shaklee untuk ibu kekal cergas sepanjang berpantang. Set Bersalin Shaklee ni boleh terus diambil sebaik sahaja ibu bersalin walaupun bayi mengalami jaundis (kuning)

Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja 



4 Masalah Tentang Penyusuan dan Jalan Penyelesaiannya


Bukan mudah hendak menyusukan anak dengan susu ibu tanpa melalui sebarang cabaran dan rintangan. Proses menyusukan anak bukan sekadar menyumbat puting payu dara ibu ke dalam mulut anak sahaja.

Terdapat 1001 macam masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu menyusu. Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Kaunselor Laktasi Lunatots, Hazarina Ishak membantu ibu solusi setiap masalah biasa yang dihadapi oleh ibu menyusu.








1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca:

Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.

Penyelesaian:

* Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.

* Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).

* Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.

* Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.

* Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.


2. Masalah bengkak susu


Punca:








Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.

Penyelesaian:

* Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.

* Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.

* Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.

* Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).

*
Salah satu cara ekspress untuk mengatasi masalah ini ialah makan Lecithin Shaklee. Lecithin juga mampu membuka rongga pada ketulan susu dan sekaligus mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan.
Kelebihan lain Lecithin ialah membakar lemak dan juga merangsang perkembangan otak.

3. Bayi menyusu sebelah sahaja

Punca:



Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.

Penyelesaian:

* Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

* Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.

* Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.

* Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.

* Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.

* Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.


4. Masalah susu berkurang

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Penyelesaian:

* Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.
* Pastikan pemakanan seimbang
Walaupun nampak remeh, ia penting sebenarnya. Jika badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana datangnya khasiat untuk hasilkan susu? Pengambilan supplement seperti Set Penyusuan kami juga insyaAllah boleh membantu badan ibu tingkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat.

Set Penyusuan yang saya sarankan ialah Set 3M Shaklee.



Bonusnya pengambilan set 3M ni bukan sahaja membantu proses penyusuan tapi ibu juga akan mendapat banyak manfaat lain termasuklah:
    • B-complex, Vitamin C dan ESP memulihkan kecantikan kulitdan seri wajah
    • Vitamin C dan ESP memulihkan parut kesan jeragat dan jerawat
    • Kombinasi kesemua vitamin memberi kesihatan badan menyeluruh dan tenaga harianserta meningkatkan tahap imunisasi badan
    • Alfalfa mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai perapat
    • Ostematrix mengatasi masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh badan
    • Alfalfa, Ostematrix dan       ESP membantu pelawasan dan atasi masalah sembelit
    • B-complex memberi tenaga kepada badan dan mengawal stress di mana stress salah satu punca susu merudum
    • ESP sebagai protein shake memberi rasa kenyang berpanjangan untuk membantu mereka yang ingin mengawal atau menurunkan berat badan.
    • Bergantung kepada cara makan ESP dan B-complex juga boleh membantu menaikkan berat badan bagi mereka yang risau terlalu kurus
    • Vitamin C memberi perlindungan kepada ibu dan anak dari penyakit
Nampak mudah kan? Tapi bukan senang kerana apabila susu ibu kurang tidak seperti biasa, ibu akan panik dan tertekan. Jadi saranan saya, apabila menghadapi masalah susu ibu kurang pertama sekali ibu harus cari punca. Bila sudah tahu punca mudah untuk atasi. Jangan give up untuk pump hanya kerana sesi perahan tidak memberi hasil yang ibu mahukan. Untuk susu ibu kurang memang mudah tapi untuk banyakkan semula akan mengambil masa. Jadi sabar dan teruskan pump.
Begitu juga jika ibu mengamalkan supplement. Ia bukan ubat ajaib asal makan susu terus naik. Tapi ibu sendiri mesti berterusan beri rangsangan pada badan melalui sesi direct feeding dan pump. Dan insyaAllah supplement akan percepatkan prosesnya.
Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja 

SUMBER PA&MA


Perkembangan Bayi 0 Hingga 6 Bulan


Perkembangan Bayi
Hari-hari pertama Ibu bersama si Kecil memang akan dipenuhi dengan kesibukan memberi susu, mengganti lampin, menidurkannya, dan merespon setiap suara dan gerakannya. 
Bertenang sahaja, kerana dalam beberapa minggu lagi, si kecil akan menyedari suara, wajah dan sentuhan ibu.
Masuk bulan ketiga, si Kecil sudah berubah menjadi manusia mungil yang responsif terhadap berbagai aktiviti di sekitarnya, dan sangat menikmati waktu bermain bersama Ibu dan orang-orang terdekat. Gerakan tubuh si Kecil sudah semakin aktif, jadi tetaplah berhati-hati ketika bermain dengannya.
Sampai di bulan kelima, si Kecil sudah boleh sepenuhnya berinteraksi dengan orang sekitar dan lingkungan. Dia bahkan sudah boleh "berkomunikasi" dan merespon gerakan Ibu. Gerakannya pun sudah semakin bervariasi dan sudah boleh berpindah tempat dengan cara berguling, dan belajar untuk duduk. Si Kecil sekarang sudah mampu melihat dan mendengar.

Di enam bulan pertamanya ini, si Kecil umumnya sudah mampu:
  • Merespon senyum Ibu dengan senyuman
  • Mengenali Ibu 
  • Tertawa riang
  • Mengikuti objek bergerak di sekitarnya
  • Mengangkat tegak kepalanya
  • Meraih benda di sekitarnya
  • Duduk dengan bantuan Ibu
  • Berguling
  • Menggunakan kedua tangan untuk mengangkat dadanya saat telungkup
  • Melonjakkan kedua kakinya saat Ibu memegangnya
Dan tidak menutup kemungkinan, di waktu ini si Kecil mampu untuk:
  • Protes ketika Ibu mengambil mainannya
  • Berusaha meraih benda yang menarik di matanya
  • Memberikan benda yang ada di genggamannya ke orang lain
  • Merangkak
  • Menggunakan jarinya untuk mengambil benda kecil


Peranan Ibu
  • Nikmati masa-masa berkenalan dengan si Kecil dengan bermain, mengajak berkomunikasi, dan mempelajari tanda-tandanya saat lapar atau mengantuk.
  • Saat si Kecil sedang bangun, selalulah menelungkupkan si Kecil untuk menguatkan otot-ototnya, dan biasakan untuk mengajarinya meraih barang di sekitarnya. Jadikan ini sebagai sebahagian dari rutinnya, agar dia boleh belajar menggerakkan tubuhnya dan memperkuat ototnya.
  • Pastikan si Kecil sering berjemur dan menikmati udara segar di taman atau halaman depan rumah.
  • Dekati si Kecil dan lakukan "eye contact"  setiap kali Ibu berinteraksi dengannya.
  • Berikan respon pada gerakannya agar si Kecil merasa selesa dan diperhatikan.
  • Ibu boleh membangunkan si Kecil untuk menyusui sebelum Ibu masuk tidur. Biasanya, ini cukup untuk mengenyangkan si Kecil sampai 6-8 jam.
  • Di usia ini, memori bayi sangatlah pendek, sehingga bayi Ibu lebih mudah beradaptasi dengan perubahan. Kurangi perkara yang selalu ibu lakukan seperti terlalu sering menggunakan punting, atau biarkan bayi anda tidur sendiri di dalam katil bayi anda (baby cot) . Melakukan perkara yang positif terhadap bayi anda akan memberikan kesenangan kepada anda di kemudian hari nanti.
  • Teruskan mengajak si Kecil berbicara dan berikan respon setiap kali dia berceloteh untuk memberi galakkan si kecil berkomunikasi.
  • Beritahu si Kecil nama benda-benda dan orang yang dia temui di sekitarnya, agar si Kecil sudah boleh belajar mengenali orang dan benda sekitarnya.
Yang perlu diperhatikan
 Berbincang dengan doktor apabila si Kecil:
  • Tidak mampu mengisap susu dengan baik
  • Tidak fokus dengan kedua matanya, atau tidak memperhatikan benda bergerak di sekitar
  • Tidak bereaksi terhadap lampu yang terang
  • Tidak mampu mengangkat kepalanya dengan baik
  • Tidak boleh memegang erat benda di sekitarnya
  • Tidak tersenyum
  • Tidak hairan dengan wajah-wajah yang baru ditemui
  • Terlihat sangat kaku atau pasif
  • Tidak boleh duduk sendiri
  • Tidak merespon pada suara atau senyuman
  • Tidak berikan perhatian terhadap orang-orang yang sering berinteraksi dengannya
  • Tidak mencuba meraih barang-barang di sekitar 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua, terutama kedapa ibu baru yang baru sahaja mendapat cahaya mata pertama.

Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja