Tuesday 10 November 2015

4 Masalah Tentang Penyusuan dan Jalan Penyelesaiannya


Bukan mudah hendak menyusukan anak dengan susu ibu tanpa melalui sebarang cabaran dan rintangan. Proses menyusukan anak bukan sekadar menyumbat puting payu dara ibu ke dalam mulut anak sahaja.

Terdapat 1001 macam masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu menyusu. Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Kaunselor Laktasi Lunatots, Hazarina Ishak membantu ibu solusi setiap masalah biasa yang dihadapi oleh ibu menyusu.








1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca:

Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.

Penyelesaian:

* Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.

* Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).

* Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.

* Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.

* Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.


2. Masalah bengkak susu


Punca:








Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.

Penyelesaian:

* Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.

* Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.

* Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.

* Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).

*
Salah satu cara ekspress untuk mengatasi masalah ini ialah makan Lecithin Shaklee. Lecithin juga mampu membuka rongga pada ketulan susu dan sekaligus mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan.
Kelebihan lain Lecithin ialah membakar lemak dan juga merangsang perkembangan otak.

3. Bayi menyusu sebelah sahaja

Punca:



Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.

Penyelesaian:

* Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

* Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.

* Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.

* Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.

* Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.

* Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.


4. Masalah susu berkurang

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Penyelesaian:

* Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.
* Pastikan pemakanan seimbang
Walaupun nampak remeh, ia penting sebenarnya. Jika badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana datangnya khasiat untuk hasilkan susu? Pengambilan supplement seperti Set Penyusuan kami juga insyaAllah boleh membantu badan ibu tingkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat.

Set Penyusuan yang saya sarankan ialah Set 3M Shaklee.



Bonusnya pengambilan set 3M ni bukan sahaja membantu proses penyusuan tapi ibu juga akan mendapat banyak manfaat lain termasuklah:
    • B-complex, Vitamin C dan ESP memulihkan kecantikan kulitdan seri wajah
    • Vitamin C dan ESP memulihkan parut kesan jeragat dan jerawat
    • Kombinasi kesemua vitamin memberi kesihatan badan menyeluruh dan tenaga harianserta meningkatkan tahap imunisasi badan
    • Alfalfa mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai perapat
    • Ostematrix mengatasi masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh badan
    • Alfalfa, Ostematrix dan       ESP membantu pelawasan dan atasi masalah sembelit
    • B-complex memberi tenaga kepada badan dan mengawal stress di mana stress salah satu punca susu merudum
    • ESP sebagai protein shake memberi rasa kenyang berpanjangan untuk membantu mereka yang ingin mengawal atau menurunkan berat badan.
    • Bergantung kepada cara makan ESP dan B-complex juga boleh membantu menaikkan berat badan bagi mereka yang risau terlalu kurus
    • Vitamin C memberi perlindungan kepada ibu dan anak dari penyakit
Nampak mudah kan? Tapi bukan senang kerana apabila susu ibu kurang tidak seperti biasa, ibu akan panik dan tertekan. Jadi saranan saya, apabila menghadapi masalah susu ibu kurang pertama sekali ibu harus cari punca. Bila sudah tahu punca mudah untuk atasi. Jangan give up untuk pump hanya kerana sesi perahan tidak memberi hasil yang ibu mahukan. Untuk susu ibu kurang memang mudah tapi untuk banyakkan semula akan mengambil masa. Jadi sabar dan teruskan pump.
Begitu juga jika ibu mengamalkan supplement. Ia bukan ubat ajaib asal makan susu terus naik. Tapi ibu sendiri mesti berterusan beri rangsangan pada badan melalui sesi direct feeding dan pump. Dan insyaAllah supplement akan percepatkan prosesnya.
Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja 

SUMBER PA&MA


No comments:

Post a Comment