Monday 19 October 2015

"PANTANG" Wanita Yang Bekerjaya

Wanita harini ramai yang bekerjaya, bahkan mereka juga sebahagian daripada pembuat dasar di negara ini.

Justeru, sekiranya mereka melalui kehidupan sebagai isteri dan melahirkan zuriat penyambung generasi, sudah tentu mereka juga melalui tempoh berpantang selepas bersalin.

Namun adakah rutin berpantang mereka berbeza?

Sama ada seseorang yang bekerjaya itu bercuti selama 3 bulan(maksimum) atau lebih singkat, ia bukan persoalan utama. Yang penting bagaimana tempoh pemulihan itu dimanfaatkan dengan berkualiti.

Tempoh berpantang untuk wanita yang bekerjaya adalah tempoh yang amat menyeronokkan. Selain dapat menerima ahli keluarga  baharu, mereka juga tidak perlu bergegas ke tempat kerja dan memikirkan tugas yang tertunggak.

Cadangan Jadual Harian Berpantang

PAGI

6.00pagi - Mengurus Diri, solat ( jika tiada nifas) dan sarapan.

  • set jam untuk elak tertidur
  • jika ada pembantu dan perlu menguruskan anak ke sekolah, pastikan suami anda menyediakan sarapan yang mudah untuk anda dan anak-anak.
8.00 pagi - Menguruskan bayi, berurut, bertungku

  • sebaiknya ada pembantu sepanjang tempoh berpantang sebulan yang pertama supaya ibu cukup rehat
11.00pagi - Makan Tengah Hari

  • minta suami atau pembantu menyediakan makanan yang sesuai untuk ibu berpantang
12.00tengah hari - Menguruskan bayi


PETANG

2.00petang - Berehat, tidur atau melakukan rutin bekerja yang ringan
  • tidur atau berehat sewaktu bayi tidur
  • inilah masanya yang sesuai melakukan kerja yang berkaitan, sesuai dengan kerjaya masing-masing
4.00petang - Minum Petang
  • pastikan menu yang sesuai untuk ibu
7.00petang - Urus diri dan bayi
  • lebih baik uruskan diri sebelum bayi bangun dari tidur.

MALAM

8.OOmalam - Persediaan dan makan malam bersama keluarga
  • pastikan pembantu atau suami membantu mengurus tugas yang berat

9.00malam - Berehat dan tidur
  • Tidur awal. Pastikan tidak lebih dari jam 11malam kerana wanita berpantang perlu banyak berehat.
  • sekalipun mempunyai anak kecil selain bayi yang menyebabkan anda kurang tidur, pastikan tidur yang singkat tersebut berkualiti.
Perancangan Cuti Berpantang

BULAN PERTAMA

Jika wanita yang bercuti selama 3 bulan tempoh bulan pertama ialah tempoh pemulihan setelah melalui tempoh mengandung yang lama. Kemudian menangung kesakitan melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan.

Pada tempoh bulan pertama, ibu-ibu haruslah menjaga pemakanan, memastikan anggota badan yang luka atau sakit diubati dab dipulihkan dengan pengambilan supplement . 

Pastikan tempoh berpantang ini disusun dan dijadualkan dengan baik agar dapat melalui hari dengan tenang dan gembira bersama bayi.

BULAN KEDUA
Wanita yang bekerjaya sekurang-kurangnya dapat memperuntukkan masa 2jam untuk melihat kembali kerja-kerja yang ditinggalkan selama sebulan.

Ianya boleh dilakukan selepas selesai dalam pengurusan diri dan bayi disempurnakan. Justeru, kualiti dan rutin wanita yang bekerjaya tidak ditinggalkan sepenuhnya semasa berpantang.\

Ini kerana perlunya wanita bekerjaya mengambil tahu kerja yang ditinggalkan supaya mereka dapat menghayati dan mengamati tugas mereka dengan lancar sebaik sahaja memulakan tugas bekerja semula kelak.

BULAN KETIGA
Tempoh ketiga berpantang iaitu bulan akhir cuti berpantang, jam waktu bekerja boleh ditingkatkan lagi mengikut kemampuan masing-masing.Hakikatnya seseorang itu masih belum pulih sepenuhnya.

Namun, sekiranya mereka melalui tempoh ini dengan lapang dan tenang insyallah mereka sudah cukup sihat untuk kembali memulakan rutin harian.

Jangan lupa juga untuk mengambil hati suami ketika ini.Suami pasti gembira kerana isterinya berada di rumah sepenuh masa. Bahkan ada suami yang mencadangkan agar isterinya berhenti terus dari bekerja.

Apa yang dapat kita simpulkan disini, kita sepatutnya cuba bermuhasabah diri tentang peranan sebenar seorang isteri dan ibu yang sempurna.

Kemungkinan rutin kerjaya sedikit sebanyak membuatkan suami berjauh hati. Justeru, jadikan tempoh berpantang ini sebagai sebahagian masa untuk bermuhasabah.

Jika anda yang masih tercari-cari kerja yang dilakukan dari rumah, boleh la hubungi saya di :

Whatapp/ PM / Call : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page : My Mummy Vitamins

SHAKLEE ID NO. : 923970













5 TIPS Jom Kemas

Sebenarnya dalam usia anak-anak seperti 2 hingga 4 tahun, ia adalah masa yang paling mencabar bagi ibu bapa atau penjaga kerana itulah tempoh keupayaan yang tinggi bagi mereka untuk membuatkan keadaan rumah tidak teratur atau kemas.

Anak-anak yang berumur dalam lingkungan itu sangat gembira jika dapat 
'mengucar-ngacirkan" keadaan rumah.Berlari, menangis, geak dan tawa sambil bermain dengan permainan adalah mampu membuatkan mereka gembira dalam dunia mereka sendiri.

Namun kita sebagai ibu bapa sesekali penat dengan situasi ini.Apa pun itulah warna warni bersama si kecil menjadi kenangan manis untuk kita semua.

Justeru, kita pastinya mahu mendisiplinkan mereka dengan peraturan mudah agar mereka tahu setelah habis waktu bermain, mereka perlu kemas dan kembalikan ke tempat asalnya.

Berikut ialah TIPS untuk kita mendidik anak agar rajin mengemas barang permainan mereka :

1.   Hadkan Kerja Pembersihan - Anda boleh membiarkan mereka bermain           tetapi bila tiba waktu makan misalnya makan malam, minta mereka                   kemaskan sebelum makan.Anda boleh mencuba dan jadikan rutin sebelum         ke meja makan.

      Pilih masa yang konsisten, jadikan ia rutin anak-anak iaitu sebelum untuk         waktu makan.

2.   Fleksibel -  Jika anak anda sedang bermain dengan blok dan mahu                   membina rekaannya, sebaik-baiknya jangan meminta mereka terus                   berhenti tetapi beri mereka ruang untuk menangguhkan dahulu binaan blok       tersebut.
       
        Hormati keinginan mereka dalam berkreatif, minta mereka siapkan pada           keesokkan harinya.

3.   Bekerjasama - Jadikan kerja mengemas lebih seronok dengan adanya             kerjasama antara anak dan ahli keluarga yang lain.

      Bagi yang masih kecil mereka boleh mengutip barang permainan untuk             diberikan kepada abang atau kakak. Susun ditempat khas. Sambil                     menyimpan dan mengemas anda boleh menguji mereka dengan soalan             matematik yang mudah ataupun mengajak mereka bermain teka teki.


4.   Pecahan Kerja - Jika merka sudah berusia antara empat hingga enam,             pastinya mereka telah faham akan arahan yang diberikan. 

      Lakukan kerja mengikut pecahan - mulakan dengan mengemas meja                 belajar . atau susun buku, kemudian kemas barang permainan pada tempat       asal. Apabila mereka melakukan kerja satu-persatu tidaklah memenatkan.         Jelaskan kepada mereka jika bilik kemas dan barang tersusun kita akan             rasa lebih tenang dan gembira.

5.   Tidak Mengharapkan Kesempurnaan - Anak-anak sedaya upaya                   mengikut           arahan anda dan itulah sikap terpuji. Jangan terlalu                 mengharapkan mereka       mampu seperti mana orang dewasa mengemas.

      Justeru, pujian adalah reward yang berkesan untuk memastikan usaha               mereka dihargai. Didik mereka menjadi seorang bertanggungjawab pada           barang mereka sendiri dan hormati barang orang lain.

      Pastikan mereka tidak mementingkan diri sendiri. Jika anak anda tidak               mempunyai adik beradik lain, lakukan bersama mereka. Anda sebagai ibu         bapa pastinya gembira dan lega jika anak-anak mampu berdikari.

Saya berharap TIPS ini dapat membantu semua ibu bapa di luar sana.


SHAKLEE ID : 923970

019-6946898