Monday 19 October 2015

"PANTANG" Wanita Yang Bekerjaya

Wanita harini ramai yang bekerjaya, bahkan mereka juga sebahagian daripada pembuat dasar di negara ini.

Justeru, sekiranya mereka melalui kehidupan sebagai isteri dan melahirkan zuriat penyambung generasi, sudah tentu mereka juga melalui tempoh berpantang selepas bersalin.

Namun adakah rutin berpantang mereka berbeza?

Sama ada seseorang yang bekerjaya itu bercuti selama 3 bulan(maksimum) atau lebih singkat, ia bukan persoalan utama. Yang penting bagaimana tempoh pemulihan itu dimanfaatkan dengan berkualiti.

Tempoh berpantang untuk wanita yang bekerjaya adalah tempoh yang amat menyeronokkan. Selain dapat menerima ahli keluarga  baharu, mereka juga tidak perlu bergegas ke tempat kerja dan memikirkan tugas yang tertunggak.

Cadangan Jadual Harian Berpantang

PAGI

6.00pagi - Mengurus Diri, solat ( jika tiada nifas) dan sarapan.

  • set jam untuk elak tertidur
  • jika ada pembantu dan perlu menguruskan anak ke sekolah, pastikan suami anda menyediakan sarapan yang mudah untuk anda dan anak-anak.
8.00 pagi - Menguruskan bayi, berurut, bertungku

  • sebaiknya ada pembantu sepanjang tempoh berpantang sebulan yang pertama supaya ibu cukup rehat
11.00pagi - Makan Tengah Hari

  • minta suami atau pembantu menyediakan makanan yang sesuai untuk ibu berpantang
12.00tengah hari - Menguruskan bayi


PETANG

2.00petang - Berehat, tidur atau melakukan rutin bekerja yang ringan
  • tidur atau berehat sewaktu bayi tidur
  • inilah masanya yang sesuai melakukan kerja yang berkaitan, sesuai dengan kerjaya masing-masing
4.00petang - Minum Petang
  • pastikan menu yang sesuai untuk ibu
7.00petang - Urus diri dan bayi
  • lebih baik uruskan diri sebelum bayi bangun dari tidur.

MALAM

8.OOmalam - Persediaan dan makan malam bersama keluarga
  • pastikan pembantu atau suami membantu mengurus tugas yang berat

9.00malam - Berehat dan tidur
  • Tidur awal. Pastikan tidak lebih dari jam 11malam kerana wanita berpantang perlu banyak berehat.
  • sekalipun mempunyai anak kecil selain bayi yang menyebabkan anda kurang tidur, pastikan tidur yang singkat tersebut berkualiti.
Perancangan Cuti Berpantang

BULAN PERTAMA

Jika wanita yang bercuti selama 3 bulan tempoh bulan pertama ialah tempoh pemulihan setelah melalui tempoh mengandung yang lama. Kemudian menangung kesakitan melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan.

Pada tempoh bulan pertama, ibu-ibu haruslah menjaga pemakanan, memastikan anggota badan yang luka atau sakit diubati dab dipulihkan dengan pengambilan supplement . 

Pastikan tempoh berpantang ini disusun dan dijadualkan dengan baik agar dapat melalui hari dengan tenang dan gembira bersama bayi.

BULAN KEDUA
Wanita yang bekerjaya sekurang-kurangnya dapat memperuntukkan masa 2jam untuk melihat kembali kerja-kerja yang ditinggalkan selama sebulan.

Ianya boleh dilakukan selepas selesai dalam pengurusan diri dan bayi disempurnakan. Justeru, kualiti dan rutin wanita yang bekerjaya tidak ditinggalkan sepenuhnya semasa berpantang.\

Ini kerana perlunya wanita bekerjaya mengambil tahu kerja yang ditinggalkan supaya mereka dapat menghayati dan mengamati tugas mereka dengan lancar sebaik sahaja memulakan tugas bekerja semula kelak.

BULAN KETIGA
Tempoh ketiga berpantang iaitu bulan akhir cuti berpantang, jam waktu bekerja boleh ditingkatkan lagi mengikut kemampuan masing-masing.Hakikatnya seseorang itu masih belum pulih sepenuhnya.

Namun, sekiranya mereka melalui tempoh ini dengan lapang dan tenang insyallah mereka sudah cukup sihat untuk kembali memulakan rutin harian.

Jangan lupa juga untuk mengambil hati suami ketika ini.Suami pasti gembira kerana isterinya berada di rumah sepenuh masa. Bahkan ada suami yang mencadangkan agar isterinya berhenti terus dari bekerja.

Apa yang dapat kita simpulkan disini, kita sepatutnya cuba bermuhasabah diri tentang peranan sebenar seorang isteri dan ibu yang sempurna.

Kemungkinan rutin kerjaya sedikit sebanyak membuatkan suami berjauh hati. Justeru, jadikan tempoh berpantang ini sebagai sebahagian masa untuk bermuhasabah.

Jika anda yang masih tercari-cari kerja yang dilakukan dari rumah, boleh la hubungi saya di :

Whatapp/ PM / Call : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page : My Mummy Vitamins

SHAKLEE ID NO. : 923970













No comments:

Post a Comment