Anak-anak yang berumur dalam lingkungan itu sangat gembira jika dapat
'mengucar-ngacirkan" keadaan rumah.Berlari, menangis, geak dan tawa sambil bermain dengan permainan adalah mampu membuatkan mereka gembira dalam dunia mereka sendiri.
Namun kita sebagai ibu bapa sesekali penat dengan situasi ini.Apa pun itulah warna warni bersama si kecil menjadi kenangan manis untuk kita semua.
Justeru, kita pastinya mahu mendisiplinkan mereka dengan peraturan mudah agar mereka tahu setelah habis waktu bermain, mereka perlu kemas dan kembalikan ke tempat asalnya.
Berikut ialah TIPS untuk kita mendidik anak agar rajin mengemas barang permainan mereka :
1. Hadkan Kerja Pembersihan - Anda boleh membiarkan mereka bermain tetapi bila tiba waktu makan misalnya makan malam, minta mereka kemaskan sebelum makan.Anda boleh mencuba dan jadikan rutin sebelum ke meja makan.
Pilih masa yang konsisten, jadikan ia rutin anak-anak iaitu sebelum untuk waktu makan.
2. Fleksibel - Jika anak anda sedang bermain dengan blok dan mahu membina rekaannya, sebaik-baiknya jangan meminta mereka terus berhenti tetapi beri mereka ruang untuk menangguhkan dahulu binaan blok tersebut.
Hormati keinginan mereka dalam berkreatif, minta mereka siapkan pada keesokkan harinya.
3. Bekerjasama - Jadikan kerja mengemas lebih seronok dengan adanya kerjasama antara anak dan ahli keluarga yang lain.
Bagi yang masih kecil mereka boleh mengutip barang permainan untuk diberikan kepada abang atau kakak. Susun ditempat khas. Sambil menyimpan dan mengemas anda boleh menguji mereka dengan soalan matematik yang mudah ataupun mengajak mereka bermain teka teki.
4. Pecahan Kerja - Jika merka sudah berusia antara empat hingga enam, pastinya mereka telah faham akan arahan yang diberikan.
Lakukan kerja mengikut pecahan - mulakan dengan mengemas meja belajar . atau susun buku, kemudian kemas barang permainan pada tempat asal. Apabila mereka melakukan kerja satu-persatu tidaklah memenatkan. Jelaskan kepada mereka jika bilik kemas dan barang tersusun kita akan rasa lebih tenang dan gembira.
5. Tidak Mengharapkan Kesempurnaan - Anak-anak sedaya upaya mengikut arahan anda dan itulah sikap terpuji. Jangan terlalu mengharapkan mereka mampu seperti mana orang dewasa mengemas.
Justeru, pujian adalah reward yang berkesan untuk memastikan usaha mereka dihargai. Didik mereka menjadi seorang bertanggungjawab pada barang mereka sendiri dan hormati barang orang lain.
Pastikan mereka tidak mementingkan diri sendiri. Jika anak anda tidak mempunyai adik beradik lain, lakukan bersama mereka. Anda sebagai ibu bapa pastinya gembira dan lega jika anak-anak mampu berdikari.
Saya berharap TIPS ini dapat membantu semua ibu bapa di luar sana.

SHAKLEE ID : 923970
019-6946898
No comments:
Post a Comment