Thursday 5 November 2015

Mengapa Kesan Vitamin Mudah Nampak Perubahan Pada Wajah?

Ini adalah Testimoni Vivix yang terkenal sebelum ni.. lihat sendiri pada perubahan mereka..



Tiada siapa dapat melawan ajal, namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Nenek yang ada dalam gambar itu tetap meninggal dunia, yang menariknya wajahnya kelihatan sangat muda berbandaing keadaan semasa awal admitted.

Ini kerana kesan resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee. Sangat menarik bukan?

Ramai juga pengakuan pelanggan yang amalkan Set Penyusuan, wajah mereka ditegur suami malah saudara mara dan rakan sekerja kerana wajah mereka kelihatan lebih berseri sebelumnya.

Sehingga ada yang membuat andaian ini kerana pengambilan ESP membantu mencerahkan wajah.

Walau bagaimana pun hakikatnya kita boleh bezakan mereka yang memang mengamalkan Vitamin secaraKonsisten atau tidak adalah melalui wajah mereka.

Namun tahukah anda mengapa kesan pengambilan vitamin ini mudah kelihatan pada wajah?










Ini kerana sel wajah kita adalah 21 hari berbanding sel tubuh yang lain iaitu 90 sehingga 120 hari.


Oleh kerana itu mereka yang konsisten mengamalkan vitamin secara harian akan mendapat kesan yang sangat baik terutama kepada skin texture wajah mereka.


Berbanding mereka yang amalkan secara tidak konsisten.Hasil ke atas kesihatan adalah lambat serta ia kurang memberi impak besar pada kulit wajah mereka.


Maka anda inginkan kulit wajah yang cantik? Amalkan Vitamin secara Konsisten terutama vitamin yang asli tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan adalah sangat bagus untuk kelihatan muda dan berseri.


Muka tidak mempunyai warna ton yang sekata? Terlalu kering? 

Boleh cuba amalkan Kolagen Shaklee! Harganya sangat berbaloi dengan hasilnya. 




APA ITU KOLAGEN?

  • Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, peut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen penting dalam kesihatan dan kecantikan dengan mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menjaga kesihatan badan.


TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN

  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.


KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH - Sumber Kolagen Terbaik

  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, adalah mustahil bagi ikan biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds, bertelur dan hisup dengan bebas di dalam lautan dalam - menjadikan ia sumber kolagen terbaik (mengekalkan kelembapan kulit)  dan elastik (mengekalkan keanjalan kulit - boleh melantun apabila dicubit).
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi.
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah - menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.


SHAKLEE Collagen Powder mengandungi 7 ramuan aktif bagi meningkatkan keberkesanan!
  1. Keanjalan - menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Ekstrak Kulit kerangan laut - Mengandungi glukosamine, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.

    2.  Penghidaratan - menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik

  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon juga membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan tenaga dan prestasi. 

     3.  Antioksidan - bekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas

  • Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh.


KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.

Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan!


Jom baca testimoni pengguna Collagen Shaklee






Alhamdulillah, selepas mengamalkan collagen Shaklee mereka sangat berpuas hati ke atas kulit mereka..Kulit licin, jerawat makin kurang dan kulit putih jernih nampak glowing... ;)


Nak cuba? Jangan ragu-ragu lagi hubungi saya segera .Boleh dapatkannya hari ini melalui Shaklee2u.com [ bagi ahli] atau dapatkan dari kami hari ini.


Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH


SHAKLEE ID NO 923970


*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

TIPS Menyusu Di Tempat Awam


Bayi jikalau dah lapar, dia tak mengira tempat, yang penting baginya susu je Kalau tidak dapat susu, dah tentu dia akan menangis.. Begitulah lumrah jika ada anak kecil.. 

Buat sesetengah ibu, mereka rasa tertekan, ada juga yang rasa leceh nak meyusu anak di lokasi terbuka atau di tempat awam.

Jadi bagaimana nak menyusukan anak, tambah-tambah lagi di lokasi khayak ramai ?

Sesetengah tempat membeli belah adalah mesra bayi, ada menyediakan bilik khas untuk penyusuan bayi, namun begitu, bukan semua tempat menyediakan kemudahan tersebut. 

Mari, saya kongsikan beberapa TIPS untuk penyususan di khayak ramai, selalu juga saya buat apabila bawa baby jalan-jalan dulu, tapi baby saya dah besar serkarang ni :p
 

Yakin Diri 

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

Fokus




Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.


Lokasi



Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.




Pakaian khusus

Pakaian untuk ibu menyusu sekarang dah banyak dipasaran, atau boleh juga sarungkan pelindung penyusuan seperti poncho, shawl atau kain pendakap ketika menyusukan bayi. Sekarang dah mudah untuk dapatkan, murah-murah pun ada, kalau rajin, bolehlah jahit sendiri.
  


Bantuan


Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketika boleh menjadi ‘dinding’ sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

Moga TIPS ini bermanfaat buat semua 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee atau mahu menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

10 Kelebihan Daftar Ahli Shaklee Walaupun Buat Makan Sendiri


Kos peyelenggaraan dan taraf hidup yang tinggi boleh mendatangkan satu beban apabila semua harga barang meningkat.


Ramai orang yang tidak konsisten untuk makan vitamin antaranya kerana merasakan tidak penting apabila dalam keadaan sihat.

Salah satu sebab lagi adalah apabila keadaan menjadi “terpaksa” apabila barang lain meningkat dan menjejaskan peratus perbelanjaan untuk kesihatan diri.

Maka oleh itu, saya mengajak anda yang telah mula menjadi consumer Shaklee mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Apa sebenarnya kelebihan menjadi ahli Shaklee?

1. Paling utama mendapat HARGA AHLI dan ia sangat menguntungkan berbanding harga runcit.

2. Boleh mengikuti kursus yang dijalankan oleh Syarikat untuk ahli berdaftar dengan tiket kursus yang sangat berbaloi. Antara kursus yang bagus untuk disertai adalah Bengkel Nutrisi yang mana kita belajar sangat terperinci semua produk Shaklee. Paling best siapa yang serius nak jana pendapatan dengan Shaklee turut disediakan kursus dipanggil New Distributor Training.

3. Minima untuk aktifkan akaun bulanan adalah hanya RM100(bersamaan 30 uv) . Namun keahlian tiada tarikh luput.

4. Jikalau nak makan free boleh minta upline guide. Shaklee bayar bonus cash masuk akaun kita. Bukan akaun mereka yang sponsor kita(upline) tetapi direct pada akaun kita. Bonus yang kita dapat boleh buat beli vitamin yang kita makan setiap bulan.

5. Tidak perlu ada downline pun boleh dapat bonus jika capai minima belian yang ditetapkan sebulan.

6. Shaklee boleh jadi kerjaya jika anda serius nak berjaya dalam bidang supplement Shaklee.

7. Shaklee tawarkan BANYAK JENIS BONUS! Mereka yang berusaha merebut peluang boleh merasai semua jenis bonus yang Shaklee tawarkan ini. Selain bonus prestasi jualan, ada bonus kereta, bonus kenaikan pangkat, insentif tambahan pada mereka yang capai level Coordinator ke atas. Bermula dengan makan sendiri ianya boleh berkembang menjadi bisnes yang hebat. 

8. Shaklee sediakan juga trip percutian mewah.  Sangat besar sebab Shaklee satu-satunya syarikat jualan langsung yang membenarkan pemimpin mereka menikmati insentif pelancongan bersama ahli keluarga termasuk MAK AYAH DAN MAK AYAH MENTUA ! Dan ianya hanya bermula dengan makan sendiri!

9. Shaklee juga memberikan satu kemudahan kepas pemimpin muslim dengan member pilihan sama ada untuk bercuti ke luar Negara atau menunaikan umrah sambil ziarah. Shaklee menempatkan pemimpin mereka yang layak menunaikan umrah bertaraf 5 bintang ini di Hotel Madinah dan Makkah yang paling berdekatan dengan Masjid. Ia bukan pakej umrah semata-mata.

10. Setiap 2 tahun sekali Shaklee akan membawa pemimpin Shaklee yang layak untuk melawat home office Shaklee di San Fransisco. 

Anda berminat nak jadi ahli? Minat nak makan vitamin setiap bulan hanya dengan membayar melalui bonus Shaklee? Bercita-cita nak menunaikan umrah bersama suami dan mak ayah?

Jom daftar dengan kami? Insyallah saya akan membantu anda menunaikan hasrat anda semua. Mari sama-sama menjadi rakan partner saya...

Boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak



4 TIPS Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Dengan Cemerlang



Benarlah kata orang,untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.


Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? 

Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. 

Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. 

Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.

Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan 


Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. 

Pentingkah makanan yang seimbang?

Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan  ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.

Penyusuan memerlukan Vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. 
Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.

Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan Vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.

Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.

3. Kekerapan penyusuan.



Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. 

Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif


Pentingkah fikiran yang positif ?

Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. 

Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang Vitamin B.

Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


Ini antara TIPS yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

Jika anda tiada masa untuk melengkapkan diri dengan pemakanan seimbang setiap hari bagi menjayakan penyusuan susu ibu, anda boleh mencuba Set Penyusan Shaklee.

Disini saya serta kan Set Penyusuan Mengikut Budget anda serta fungsi setiap Set Penyusuan.Anda boleh pilih Set Penyusuan yang mana sesuai. Insyallah ianya membantu anda untuk penyusuan esklusif selama 2 tahun.


Masih ragu-ragu? Tak percaya dengan Set Penyusuan Shaklee boleh bantu dalam penyusuan anda? 

Jom lihat testimoni pengguna yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ni







Alhamdulillah rata-rata yang mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ni semuanya berpuas hati, susu banyak dan lebih bertenaga.. dan yang paling best tekanan berkurangan sebab lebih senang tersenyum setelah consume Set Penyusuan ini.. 

Anda nak mencuba? Apa lagi jom la hubungi saya dan yang best saya akan berikan TIPS untuk semua pelanggan saya.. Insyallah 


Jika anda berminat boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak



12 Makanan Berkhasiat Dimakan Ketika Berpantang

Pemakanan adalah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. 

Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). 


Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. 

Disini saya kongsikan 12 antara makanan berkhasiat ketika berpantang, semoga ianya bermanfaat kepada ibu-ibu yang bakal berpantang nanti.

Antara makanan berkhasiat yang sebaiknya dimakan ketika berpantang adalah;-

  1. Jamu – Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan.
  2. Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.
  3. Bawang Putih – Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.
  4. Halia Muda – Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.
  5. Kunyit – Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  6. Asam Jawa – Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.
  7. Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.
  8. Sawi – Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu.
  9. Pegaga – Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin.
  10. Peria – Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan buasir yang mudahh menyerang ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah.
  11. Ikan tenggiri dan haruan – Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.
  12. Ayam dan daging – Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
Setiap apa apa sahaja makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat.

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat tau, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati. 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak