Thursday 5 November 2015

TIPS Menyusu Di Tempat Awam


Bayi jikalau dah lapar, dia tak mengira tempat, yang penting baginya susu je Kalau tidak dapat susu, dah tentu dia akan menangis.. Begitulah lumrah jika ada anak kecil.. 

Buat sesetengah ibu, mereka rasa tertekan, ada juga yang rasa leceh nak meyusu anak di lokasi terbuka atau di tempat awam.

Jadi bagaimana nak menyusukan anak, tambah-tambah lagi di lokasi khayak ramai ?

Sesetengah tempat membeli belah adalah mesra bayi, ada menyediakan bilik khas untuk penyusuan bayi, namun begitu, bukan semua tempat menyediakan kemudahan tersebut. 

Mari, saya kongsikan beberapa TIPS untuk penyususan di khayak ramai, selalu juga saya buat apabila bawa baby jalan-jalan dulu, tapi baby saya dah besar serkarang ni :p
 

Yakin Diri 

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

Fokus




Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.


Lokasi



Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.




Pakaian khusus

Pakaian untuk ibu menyusu sekarang dah banyak dipasaran, atau boleh juga sarungkan pelindung penyusuan seperti poncho, shawl atau kain pendakap ketika menyusukan bayi. Sekarang dah mudah untuk dapatkan, murah-murah pun ada, kalau rajin, bolehlah jahit sendiri.
  


Bantuan


Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketika boleh menjadi ‘dinding’ sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

Moga TIPS ini bermanfaat buat semua 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee atau mahu menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment