Thursday 5 November 2015

12 Makanan Berkhasiat Dimakan Ketika Berpantang

Pemakanan adalah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. 

Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). 


Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. 

Disini saya kongsikan 12 antara makanan berkhasiat ketika berpantang, semoga ianya bermanfaat kepada ibu-ibu yang bakal berpantang nanti.

Antara makanan berkhasiat yang sebaiknya dimakan ketika berpantang adalah;-

  1. Jamu – Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan.
  2. Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.
  3. Bawang Putih – Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.
  4. Halia Muda – Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.
  5. Kunyit – Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  6. Asam Jawa – Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.
  7. Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.
  8. Sawi – Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu.
  9. Pegaga – Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin.
  10. Peria – Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan buasir yang mudahh menyerang ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah.
  11. Ikan tenggiri dan haruan – Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.
  12. Ayam dan daging – Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
Setiap apa apa sahaja makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat.

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat tau, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati. 

Jika anda berminat dengan produk Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak







No comments:

Post a Comment