Friday 6 November 2015

6 Kejayaan Kecil Yang DiHargai Oleh Ibu


Semua ibu sedia maklum bagaimana penatnya bergelar seorang ibu. Tidak kira menguruskan seorang atau lebih daripada seorang anak, kepenatan yang dirasakan oleh ibu tetap sama. 

Kadang kala ibu berangan untuk menikmati 'masa sendirian' seketika agar dapat melepaskan kepenatan seketika. 

Berikut mungkin antara 'kejayaan' kecil yang didambakan oleh semua ibu.


1. 
Tidur Tanpa Gangguan



Tidur lebih daripada enam jam secara berterusan tanpa gangguan. Bila anda ada bayi baru lahir, sudah tentu tiada lagi tidur lena dalam kamus hidup anda. Si kecil akan mengejutkan anda setiap beberapa jam untuk menyusu. 

Jadi, bila dapat tidur lena lebih daripada enam jam, ia adalah satu 'kemenangan' yang pasti membuatkan anda tidak sangka sama sekali.


2. Tidur Tanpa Dikejut




Bangun tidur tanpa dikejut oleh suara anak menangis, anak mengigau, anak hendak kencing, anak hendak menyusu, dan seribu satu macam alasan lagi.

Tetapi sekali sekala bila dapat sedar daripada tidur tanpa sebab-sebab berikut dan si kecil masih lagi tidur, ia sesuatu yang memeranjatkan.


3. Minum Kopi Dengan Tenang Ketika Masih Hangat. 




Sebagai bonus kerana bangun awal, anda mungkin boleh minum kopi dengan tenang sebelum si kecil bangun dari tidur dan mula meminta macam-macam.


4. Menepati Masa



Bila bergelar ibu ayah, kita sentiasa dalam keadaan mengejar masa. Terutamanya pada hari bekerja atau saat hendak keluar bersiar-siar, balik kampung atau pergi bercuti. Akibatnya ada sahaja barang yang tertinggal. 

Tetapi jika dapat keluar rumah tepat pada masanya tanpa tertinggal apa-apa barang, ia memang sangat luar biasa!

5. Bila Akhirnya Si Kecil Tidur Lena

Menidurkan anak kecil memang satu cabaran bagi kebanyakan ibu bapa. Jadi, bila anak anda boleh tidur awal dengan lena dan tidak bangun merengek di tengah malam, ia bagaikan satu pencapaian terhebat pada hari tersebut yang sangat menyeronokkan.


6. Boleh Mandi Lebih Daripada 10 minit Tanpa Ketukan Di Pintu

Rasanya memang ini perkara biasa dialami oleh para ibu. Baru 5 minit mandi sahaja mulalah pintu bilik air diketuk oleh tangan si kecil. Tetapi jika sudah melepasi masa 10 minit dan tiada bunyi ketukan di pintu, itu tandanya ibu boleh mandi dengan tenang tanpa gangguan.

Walaupun perkara berikut seperti 'gangguan' tetapi hakikatnya anda seronok melalui pengalaman berharga bergelar ibu. 'Kejayaan' kecil tersebut sekadar untuk memberikan sedikit masa untuk diri sendiri sekali sekala.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee atau mahu menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970
*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment