Berapa ramai ibu hamil di sini yang tahu tentang kepentingan pernafasan dengan betul ketika bersalin? Rasanya ramai antara ibu hamil yang tidak sempat hendak mempraktiskan teknik pernafasan yang betul kerana lebih fokus memikirkan kesakitan yang dialami semasa hendak bersalin.
Tahukah anda, sebenarnya teknik pernafasan yang betul membantu anda mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses kelahiran bayi. Cuba, amalkan latihan bernafas semasa mengandung kerana ia membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran kelak.
1. Fikirkan perkataan relaks
Sewaktu menarik nafas, fikirkan "re". Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan "laks". Beri tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan tersebut berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda. Semasa menghembus nafas, lepaskan sebarang tekanan yang mungkin dialami. Fokus kepada otot yang anda tahu selalu mengalami ketegangan. Setiap kali menghembus nafas, fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu "laaaks".
2. Buat kiraan
Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor pilihan sendiri). Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Sebenarnya anda akan mendapati lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
3. Bernafas melalui hidung dan hembus guna mulut
Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Membuat bunyi seperti "Oooh" atau "Aaah" semasa menghembus nafas sangat membantu ketika dalam proses kelahiran. Pastikan anda kerap minum air masak waktu antara kontraksi bagi mengelakkan mulut menjadi kering.
4. Sewaktu Braxton Hicks
Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut.
5. Semasa kontraksi semakin kerap
Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Tetapi lakukan ia dalam keadaan tenang. Dalam masa yang sama, jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.
6. Apabila berlaku gesaan meneran
Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan meneran, hembus nafas seperti biasa.
7. Ketika tiba masa meneran
Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termsuk ke dalam semula.
Sememangnya terasa agak banyak juga langkah-langkah nak disimpan dalam kepala kan. Tambah-tambah lagi di saat para ibu sekalian sedang bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Namun, dengan sentiasa bertenang dan latihan yang dibuat secara konsisten sebelum bersalin, pasti semuanya dapat berjalan dengan lancar.
Semoga semua ibu hamil dan bayi yang bakal dilahirkan nanti akan diberi kemudahan dan keselamatan oleh-Nya. Aameen.
Semoga bermanfaat dan membantu ibu-ibu ketika bersalin nanti..
Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli
Shaklee boleh hubungi saya melalui:
Call/
Whatapp/ PM : 019-6946898
Email
: mummyvitamins@gmail.com
Add FB : Azira
Aziz
KLIK LIKE
Fan Page My Mummy Vitamins
Follow My
Instagram : NEILAZIRAH
SHAKLEE
ID NO 923970
*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung
Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak
COD Area MELAKA sahaja
No comments:
Post a Comment