Sunday 25 October 2015

Selamatkah Makan Vitamin Yang Sudah Melepasi Tarikh Tamat Tempoh Atau Tarikh Luput?



Ada pengguna yang tertanya-tanya selamatkah makan vitamin yang dah melepasi tarikh tamat tempoh atau tarikh luput?

Adakah ia memberi kemudaratan atau tidak mengapa makan vitamin tamat tarikh luput? 

Adakah sama kondisi antara makanan biasa dengan vitamin setelah tamat tarikh luput?


Jawapannya cukup mudah!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. 


Dan untuk pengetahuan, saya tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum


Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.


Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. 


Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. 

Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka.

Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. 


Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas

Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. 

Sebanarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.



Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari dua tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. 

Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Sekiranya anda dalam dilema untuk samada meneruskan pengambilan supplement yang telah expired atau sebaliknya, anda sendiri boleh lihat rasa, dan bau perbezaan pada supplement yang anda simpan. Jika kurang yakin, jumpa lah ahli farmasi untuk mendapatkan kepastian.

Sumber dari Silverhealth

Hubungi saya untuk mendapatkan Supplement Shaklee iaitu Supplement Semulajadi yang terbaik untuk anda 

Call / Whatapp / PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add Fb : Azira Aziz

Like Fan Page : My Mummy Vitamins

Follow Instagram : NEILAZIRAH

Shaklee ID No. 923970







No comments:

Post a Comment