Sunday 25 October 2015

7 Jenis Jus Sihat Untuk Ibu Hamil


Ibu hamil memerlukan makanan dan minuman yang sihat. Makanan dan minuman sihat boleh diperolehi dari bahan pilihan yang mengandungi nutrisi yang baik untuk pertumbuhan janin dan kesihatan ibu  hamil.

Namun semasa hamil ibu mengalami rasa mual, muntah, morning sickness atau pun bau terhadap makanan tertentu. Kini anda dapat mengambil Jus dari bahan-bahan yang bermanfaat bagi melengkapkan nutrisi semasa hamil. Jus olahan sendiri boleh disesuaikan dengan selera anda, berasal dari bahan pilihan tentunya lebih bersih dan steril.


Berikut ini adalah Jus Sihat yang dapat menjadi pilihan ibu hamil :


1. Jus Betik dan Mangga


Campuran kedua dua buah yang mengandungi karbohidrat dan enzim yang tinggi baik untuk ibu hamil. Kandungannya dapat menangani dari masalah sembelit ataupun demam. Khasiat dari buah mangga mengurangi dehidrasi dan juga melancarkan peredaran darah manakala betik dapat melancarkan pencernaan.






2. Jus Alpukat 

Kandungan buah alpukat mengandungi serat yang baik untuk pencernaan ibu hamil,karbohidrat dan lemak yang baik untuk menambah energy ibu hamil. Selain itu kandungan protien dapat melengakapi protien dalam nutrisi harian anda dan kandungan potasium, vitamin K, vitamin C dan vitamin B yang baik untuk pertumbuhan janin.






3. Jus epal dan saderi


Bagi ibu hamil yang mengalami gangguan tidur,selain itu kandungan pektin di dalam buah epal akan membantu anda dalam mengatasi kadar kolestrol yang menggangu fungsi jantung.







4. Jus lobak Merah

Ibu hamil dapat membuat jus lobak di siang pagi atau malam hari.Lobak akan memberikan energi untuk ibu hamil, menngurangi keletihan dan lesu, dan mengurangi kadar gula dalam darah 





5. Jus bayam

Taukah anda bahwa sayuran bayam sangat baik untuk ibu hamil kerana kandungan Vitamin K yang terdapat di dalam sayuran bayam lebih besar dibandingkan sayuran hijau lainnya. Selain itu bayam mengandung Vitamin C, Vitamin A, Folic asid t, Zat besi, Vitamin B dan Magnesium yang baik untuk kesihatan  semasa kehamilan.



6. Jus Timun


Anda dapat memilih jus timun yang segar di siang hari. Jus timun dapat mengatasi sakit punggung, gangguan kulit selama hamil ataupun kejang otot. Kandungan silicat akan membantu ibu hamil untuk menjaga jaringan otot, ligamen,peningkatan corak kulit, kuku, rambut dan tulang rawan.




7. Jus pear

Buah pear memiliki khasiat untuk ibu hamil dalam mengatasi rasa tidak enak perut yang disebabkan kadar asam yang berlebihan. Anda juga dapat membuat campuran jus diantaranya dari buah pear, jeruk nipis dan buah epal.






Demikian beberapa Jus-Jus Sihat  untuk ibu hamil yang ingin membuat sendiri di rumah, ia sangat berkhasiat dan melengkapi nutrisi. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah. 

Bagi ibu - ibu yang mengalami alahan semasa hamil, jus - jus sihat ini sesuai untuk anda. Manalah tahu boleh memberikan selera kepada anda kan.

Semoga perkongsian ini membantu anda.


SHAKLEE ID NO. 923970


No comments:

Post a Comment