Thursday 29 October 2015

Tips Jimat Duit Dapur dan Elak Pembaziran


Menjadi kebiasaan antara perkara rutin ibu-ibu adalah urusan di dapur. Termasuk pembelian barang dapur berupa sayur, ayam, daging dan apa sahaja yang menjadi bahan masakan. Saya lebih menekan kan barang basah berbanding baragan kering kerana bahan ini yang selalunya berlebihan dibuang atau tidak terpakai.
Sayuran dan sumber protein mudah rosak, busuk, kurang khasiat dan tidak segar dek aktiviti mikrob yang berleluasa. Di tambah pula bahan ini cepat teroksida dan terdegradasi. Jadi seeloknya ia dimakan segar.
Tapi jika sudah tidak segar, mahu dibuang pula, sayang. Macam mana cara yang elok untuk dipraktiskan untuk mengelakkan barang dapur ini rosak dan terbuang?.
Apa TIPSnya?

Selalunya kita membeli bahan basah untuk dimasak dalam kadar seminggu sekali. Bukan sebulan sekali. Sebelum mula membeli, TULISKAN menu yang anda rancang mahu masak dalam seminggu. 

Contoh:-
Isnin.
Sarapan: Mee goreng kasih sayang
Tengah hari: Kurma telur + Sayur kobis campur


Selasa
Sarapan: Sandwich roti
Tengah hari: Ikan bakar+ Asam rebus+ Sup sawi.


Contoh sahaja ye..
Ya, terus buat menu begini untuk seminggu. Jika anda hanya ada di rumah sehingga Khamis, kemudian pergi bercuti, jangan pula buat menu sehingga Ahad.

Jadi, daripada menu yang sudah ditulis tadi, kita akan NAMPAK apa bahan yang diperlukan. Beli sahaja yang berkenaan. Mudah bukan?. Yang tidak termasuk dalam senarai, tak perlulah beli. Jadi, apa yang termuat dalam peti ais nanti, hanya yang diperlukan saja.

Apa yang kita dapat daripada tips ini jika diamalkan?.
  • Barang tak penuh dalam peti ais
  • Mudah cari bahan dalam peti ais
  • Jimat elektrik kerana kurang barang dalam peti ais
  • Cukup seminggu barang pun habis
  • Tidak terbuang begitu sahaja akibat busuk
  • Nutrisi bahan masakan terjaga, segar dan berkhasiat
  • Banyak lagi jika dapat difikirkan.
Mudahkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua..

Shaklee Id No 923970

Sumber ohibu

No comments:

Post a Comment