Monday 26 October 2015

10 TIPS SEMBUHKAN LUKA BERSALIN CAESARAN





Melahirkan anak secara pembedahan tentulah satu pengalaman yang berbeza jika dibandingkan secara normal. Penjagaan ibu-ibu yang bersalin secara ceaserean juga perlu lebih teliti dan berhati-hati. Namun ibu-ibu tak perlu khuatir atau risau. Dengan panduan yang betul Insyallah tempoh berpantang anda akan menjadi lebih mudah terutama setelah minggu pertama berlalu.
Di sini, ingin saya kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin terutama luka pembedahan.
1. Perkara paling penting adalah memastikan luka sentiasa kering. Lap kawasan luka dengan kain lembut (bukannya tisu) selepas setiap kali mandi. Dan jika berpeluh, pastikan kawasan luka tidak basah atau lembap. Ini kerana kelembapan akan menyebabkan jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan
2. Kajian menunjukkan, pergerakkan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mnegurangkan risiko darah beku. Jangan risau benang jahitan akan terbuka jika anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Dapatkan bantuan dari ahli keluarga atau jururawat untuk bergerak terutama pada hari-hari pertama selepas pembedahan.
3. Elakkan daripada mengambil atau menyapu sebarang ubat tradisional di kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Tak semua ubat tradisional sesuai untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan  kerana ada sesetengah yang boleh memberi kesan sampingan seperti mengurangkan pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj berlaku. Menyapu minyak gamat atau minyak tradisional pula boleh melambatkan lagi proses pencantuman luka.
4. Minum air secukupnya. Kekurangan air boleh menyebabkan anda sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Ini akan memberi tekanan kepada perut dan tempat luka serta mendatangkan kesakitan. Jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum air terlalu banyak akan menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.
5.Tidak perlu menggunakan sabun di kawasan luka semasa mandi. Memadai hanya dibasuh dengan air sahaja.
6. Susukan bayi anda. Menyusu badan telah terbukti boleh menyembuhkan luka dengan cepat. Setaip kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat pada hari pertama bersalin, bagaimana posisi yang sesuai dan selesa untuk anda menyusukan bayi anda.
7. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Anda akan mengalami kehilangan bendalir, mineral dan protin yang banyak selepas bersalin. Dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menggantikan semula keperluan tubuh anda dengan segera. Makanan yang kaya protin seperti daging, ayam dan ikan serta buah-buahan yang kaya dengan mineral dan sayur-sayuran sebagai sumber vitamin
8. Elakkan melakukan aktiviti yang mendatangkan kesakitan. Turun naik tangga dan membongkok antara aktiviti yang akan menyebabkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan aktivit-aktivit seperti itu sekurang-kurangnya dalam tempoh satu minggu. Jika perlu, minta bantuan ahli kelaurga atau orana terdekat.
9. Pakai bengkung. Anda boleh gunakan binder atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan amat digalakkan untuk mengurangkan kesakitan terutama semasa batuk dan bersin. Bengkung juga bertindak mengurangkan angin dalam perut dan perut akan lebih cepat kempis. Bengkung elok dipakai selepas satu minggu pembedahan. Pilihlah bengkung yang lembut dan berasaskan kain.
10. Amalkan makanan yang kaya dengan zat besi, zinc dan multivitamin. Semasa pembedahan anda akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah akan menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurang dan menyebabkan luka lambat sembuh. Zat besi dan multivitamin dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam darah dengan segera dan seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka.
Sumber Portal Alam Hamil
Jika anda tak pasti mana satu makanan yang kaya dengan zat besi, zinc dan multivitamin, anda boleh cuba Set Bersalin Shaklee yang dilengkapi dengan semua zat yang diperlukan itu.
Untuk pengetahuan semua, Set Bersalin ini bukan sahaja sesuai untuk yang bersalin secara pembedahan, malah yang bersalin normal pun boleh amalkan. In Sha Allah luka akan cepat sembuh dan badan pun bertenaga.


VITALEA – multivitamin terhebat yang membantu ibu-ibu kekal betenaga dan mampu menguruskan rumah tangga dengan melakukan kerja-kerja ringan walaupun masih dalam tempoh berpantang.
B Complex – mengawal emosi ibu, memberikan rasa tenang dan mengurangkan stress.
Ostematrix – Sumber kalsium yang membantu meredakan lenguh badan, membekalkan kalsium untuk ibu menyusu, mengurangkan sembelit dan keletihan.
Zinc – Komponen utama ikan haruan yang membantu luka bersalin cepat sembuh sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
Amatlah disarankan ibu-ibu agar turut mengamalkan ESP yang merupakan MILKBOOSTER terhebat selain menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.
Testomoni Set Bersalin Shaklee





Alhamdulillah lihat sendiri keberkesanan nya...memberikan tenaga sepanjang tempoh berpantang dan luka cepat sembuh. Semoga perkongsian ini membantu anda.
Jangan ragu-ragu lagi boleh hubungi saya untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee bersama-sama TIPS yang akan saya kongsikan kepada anda 
Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898
Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow Instagram : NEILAZIRAH

No comments:

Post a Comment