Monday 26 October 2015

5 Tips Lipat Baju Cepat & Tersusun



Jarang kita dengar kaum-kaum ibu di luar sana yang gemar melipat baju. 
Walaupun tidak dinafikan memang ada, tapi kebanyakannya sering mengadu dan mengeluh malas ataupun tak suka lipat baju. 
Akibatnya baju yang dah dibasuh bertimbun-timbun tidak berlipat dan berlonggok dalam bakul besar. 

Kadang-kadang sampai tak lalu nak tengok bila banyak sangat baju yang tak berlipatkan? Mana taknya, baju suami, baju sendiri, baju anak-anak lagi. 

Itu baru baju untuk sehari, belum lagi kalau yang dah peram lama, ada yang tak lipat baju sampai seminggu.

Lagi terseksalah jiwa dan raga ni bila tengok bergunung-ganang baju belum lipat.

Ada di antara kita yang ambil jalan paling mudah, iaitu hantar upah untuk lipat baju.. Selesai masalah !

Tapi, mungkin tak semua di kalangan kita yang dapat akses kemudahan khidmat lipat baju tu. Dan mungkin juga kita tak berpuas hati dengan cara lipatan ataupun cara susunan setelah baju-baju tu dilipat.

Jadi hari saya ingin share kepada semua, tips lipat baju. Bila tengok baju dah siap lipat bersusun tinggi rasa puas sangat. 

Mungkin tips saya bagi ni simple, tapi harapnya dapat memberi manfaat pada kaum-kaum isteri kat luar sana tu.

Lipat baju dengan masa yang singkat dan cantik je tersusun. Nak susun masuk dalam almari baju pun senang.


5 Tips Lipat Baju Cepat & Tersusun


1. Longgokkan semua baju yang sudah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna.


2. Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni.
– Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar
– Seluar
– T shirt / baju
– Adik-adik (panties,bra,seluar dalam)
– Baju anak-anak
Dan jangan lupa, pastikan sebelum asingkan ikut kategori, tiada baju yang terbalik (dalam ke luar, luar ke dalam).



3. Lepas dah kategorikan, bolehlah mula melipat. Mulakan dengan kategori kain. Lipat semua kain dan susun ikut tuan punya badan. Kain pelikat suami, kain batik kita, tuala. Asingkan, lepas habis lipat kain, sambung kategori seluar. Seluar suami, susun atas kain suami. Seluar kita susun atas kain batik kita. Kalau ikut cara saya, saya susun lagi. Seluar panjang dulu, baru seluar pendek.Kemudian, teruskan lipat sampai habis kategori baju.


4. Untuk pakaian dalam yang kecik-kecik tu, saya lebih suka lipat seluar dulu, kemudian barulah yang lain. Susun ikut tuan punya badan jugak ye. Kalau stokin, saya akan lipatkan dan cantumkan ikut pasangan masing-masing.


5. Untuk baju anak-anak,  pastikan baju yang sepasang dilipatkan sekali bercantum baju dan seluar. Sebab nanti senang bila nak pakai takdelah kelam kabut jumpa baju seluar takde. Hehe

Dah selesai….

Lepas dah siap lipat semua baju, boleh la angkatkan bawak masuk bilik untuk kita susun dalam almari. Kalau korang ada anak yang dah besar dan boleh tolong angkat tanpa merosakkan lipatan tu, bolehlah suruh anak-anak angkat baju-baju tu bawa masuk bilik. 

Boleh ajar diorang buat kerja rumah sama-sama kan?

Lagi satu tips saya kalau nak lipat baju cepat siap, masa lipat baju, handphone letak tempat lain. Jangan sambil lipat baju sibuk scroll facebook ataupun main wassap. Kerja 20 minit pun jadi 3 jam nanti tak siap-siapkan? Jadi, fokus lipat kain sampai siap ye… Ingat tu..:-)

Diharapkan tips yang saya share hari ni, korang boleh amalkan dan mudah-mudahan dapat meringankan beban..Saya tak boleh nak tolong lipatkan, saya boleh bagi tips je. Okay dah…

Sekarang dah boleh mulakan operasi lipat baju korang yang bergunung-ganang tu ye…:):)

Selamat melipat semua…Jumpa lagi nanti… Assalamualaikum…



sumber dari mamachrysalis


Shaklee Id No. 923970


No comments:

Post a Comment