Monday 26 October 2015

5 Panduan Menyusu Untuk Ibu-Bayi Jarak Jauh

Bukan semua ibu bernasib baik boleh menyusukan anak secara terus dan sentiasa ada di sisi anak pada bila-bila masa.

Ada ibu yang terpaksa berpisah dengan anak atas faktor yang tidak dapat dielakkan seperti bekerja jarak jauh, belajar, sakit dan sebagainya.

Apa pun kesungguhan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara ekslusif tetap tersemat dalam hati. 

Betapa hebatnya ibu-ibu sedemikian. Dalam hal ini, Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi bertauliah memberitahu pilihan yang ada pada ibu adalah pam secara eksklusif.

Ia bukan tugas yang mudah seperti mana ibu yang boleh menyusukan anak secara terus dan mengepam susu hanya di tempat kerja sahaja.

Tetapi dengan perancangan dan pelaksanaan yang betul, tidak mustahil ibu berjarak jauh juga mampu menyusukan anak tanpa halangan. Apa yang penting adalah sokongan dan informasi lengkap supaya ibu tidak mudah berputus asa.

Semoga panduan berikut mampu memberikan kekuatan kepada ibu berjarak jauh dengan bayi

1. Guna pam berkualiti

Penggunaan pam berkualiti membantu ibu merangsang dan mengekalkan bekalan susu ibu menerusi sesi pengepaman semata-mata. Ini kerana pam payu dara tidak begitu efektif dalam merangsang pengaliran dan mengeluarkan susu daripada payu dara berbanding rangsangan terus daripada bayi.


Untuk memaksimumkan hasil pengepaman, kajian menunjukkan penggunaan pam payu dara berganda yang berkualiti dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.


2. Mengepam dengan kerap

Pengepaman secara kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari dapat mengekalkan penghasilan susu secara konsisten. 


Jangan culas mengepam mengikut masa yang konsisten walaupun anda berjauhan daripada anak. 

Bekalan susu ditentukan oleh amaun susu yang dapat dikeluarkan daripada payu dara. Kadang kala ibu mungkin mengalami turun naik dalam penghasilan susu atau mengalami kesukaran dalam membina dan mengekalkan bekalan. 

Namun, percayalah apa sahaja jumlah yang mampu anda bekalkan cukup untuk keperluan bayi.

3. Urutan payu dara

Mengurut payu dara sebelum proses mengepam turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain urutan menggunakan tangan, ibu boleh menuam payu dara dengan tuala hangat sebelum mengepam.


4. Cara simpan susu perahan

Salah satu cara untuk memaksimumkan kualiti susu ibu perahan adalah menggunakan bekas penyimpanan susu yang diperbuat daripada kaca atau botol plastik yang keras, jernih atau berkabut. 


Ia adalah pilihan paling baik untuk mengurangkan sebarang pengurangan komponen penting susu ibu.

Bagi mengekalkan kualiti paling baik susu ibu perahan, elak atau minimumkan penggunaan beg plastik penyimpanan susu ibu kerana ia dikatakan boleh mengurangkan lemak dan vitamin lemak larut apabila susu disini  di dalamnya. 

Malah turut meningkatkan risiko pencemaran melalui lubang atau koyakan bekas plastik. Bagaimanapun ia jauh lebih baik diberi kepada bayi berbanding susu formula.


5. Cara penghantaran

Susu perahan ibu beku yang dikumpul boleh dihantar kepada bayi yang tinggal berjauhan daripada ibu mengikut pelbagai cara sama ada menggunakan kereta atau bas. 


Bagaimanapun pastikan susu tersebut disimpan dalam kotak penyejuk untuk mengekalkan susu terus beku sepanjang perjalanan menghantar susu.

Sumber Pa & Ma

Selain itu jangan lupa dengan supplement yang membantu dalam menjayakan penyusuan. 
Jika anda ibu bekerja dan sibuk, tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang, ambil lah SUPLEMENT PENYUSUAN supaya tubuh anda kekal sihat fit untuk mengahasilkan susu yang berkualiti dan banyak untuk bayi anda


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui :


Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH



 

No comments:

Post a Comment