Wednesday 28 October 2015

Air Kosong dan Bayi


Adakah anda ibu yang mengalami dilema untuk tidak memberi air kosong pada anak anda yang berusia bawah enam bulan? 
Perdebatan hangat berlaku di antara anda dan ibu mertua anda, ibu sendiri malah penjaga bayi anda sendiri? 
Jangan bimbang,  kami akan memberi anda 5 poin utama untuk anda nyatakan pada mereka. Poin nombor dua dan tiga, terutamanya boleh memberi kesan yang banyak kepada kesihatan bayi supaya anda dapat menjelaskan dengan berhemah kepada orang tua kita.
Mengapa Kita Tidak Perlu Beri Air kepada bayi yang meminum susu ibu secara ekslusif (sehingga berusia 6 bulan):
1) 80% daripada komponan susu ibu adalah air. Sekiranya bayi anda mahu menghilangkan dahaga, mengapa tidak terus memberi susu ibu supaya bayi boleh mendapatkan nutrien. Selain daripada itu anda akan mendapat mata bonus rangsangan tambahan untuk badan anda bagi menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. Ia adalah satu keadaan menang-menang bagi ibu dan bayi.
2) Air untuk membersihkan dan menghapuskan bakteria baik daripada susu ibu yang diminum oleh bayi. Semua bayi dilahirkan dengan bakteria sihat untuk melindungi mereka apabila mereka memasuki dunia kita selepas berbulan-bulan berada dengan selamat dalam rahim anda. Bakteria ini adalah asas kepada sistem imunisasi mereka. Apabila anda menyusu bayi anda, anda sebenarnya menambahkan bilangan bakteria ini dan mengekalkan tahap kesihatan bakteria ini kerana susu ibu mengandungi kita berjuta-juta sel-sel hidup dan bakteria yang baik untuk meningkatkan imuniti bayi. 
Jika anda memberikan air akan menyebabkan tahap imunisasi bayi boleh menurun atau mencuci keluar semua bakteria baik ini dari dalam badan bayi. Sekarang, nyatakan mengapa anda mahu berbuat demikian? Pastikan anak anda mendapat bahan yang baik untuk diri mereka!



3) Air yang berlebihan boleh menyebabkan darah bayi menipis dan memberi kesan kepada kandungan darah mereka. Ini boleh menyebabkan tubuh kecil mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Dan yang paling teruk, buah pinggang mereka mungkin terjejas dan ia boleh menyebabkan kematian. 
Bayangkan secawan air ditambah satu sudu milo. Ramuan ini adalah seperti darah kita. Kemudian anda terus menambah air ke cawan ini, akhirnya apa yang berlaku? Milo itu hilang, dicairkan. Jadi, jika ini adalah darah kami, semua besi, natrium dan semua jenis nutrien di dalam darah kita boleh dicairkan apabila bayi diberikan air yang terlalu banyak. Ini dipanggil mabuk air dan ini adalah sesuatu yang serius. Ia boleh membawa maut.
4) Kandungan susu ibu kami berubah untuk memenuhi keperluan bayi. Contohnya pada hari-hari panas, susu kita lebih cair untuk memberi lebih banyak foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi. Dengan hanya memberi makan bayi apabila diminta, bayi anda secara semulajadi akan menerima dos yang sihat air dari foremilk (susu matang). Jadi tidak perlu untuk memberikan air.
5) Perut bayi adalah sangat kecil. Jika anda memberikannya air, perut mereka akan penuh tetapi mereka mendapat rasa palsu dan dengan itu akan kurang meminum susu ibu. Ini akan memberi dua kesan iaitu adalah bekalan susu anda akan terjejas kerana badan anda menganggap bayi tidak memerlukan susu dengan itu ia akan mengurangkan penghasilan susu. 
Manakala yang kedua adalah bayi tidak akan mendapatkan nutrien untuk membesar dan sihat. Jadi, bagaimana dengan memberi air boleh menjadi sesuatu yang baik? Ia membantu untuk mengurangkan susu anda dan bayi anda tidak boleh membesar dan sihat sejahtera.
Jadi sekarang anda mendapat 5 poin penting daripada tajuk ini. Teruskan dan jelaskan pada mereka yang sering mengusulkan sesuatu yang memberi kesan pada anak anda.
Shaklee ID No 923970
 Sumber Ohibu

No comments:

Post a Comment