Wednesday 28 October 2015

14 Amalan Berpantang Selepas Bersalin


Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. 
Bagi amalan pantang selepas bersalin pula, ianya merupakan satu proses menyeluruh bagi memastikan ibu-ibu selepas bersalin dapat memelihara kesihatan luaran dan dalaman tubuh. 
Kebanyakannya menekankan aspek pemakanan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu.
Beberapa Amalan Berpantang Bagi Ibu yang Baru Melahirkan Bayi 
1. Dilarang Tidur Tanpa Bantal

Tidur tanpa bantal akan menyebabkan seseorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ini mungkin akan menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar manakala angin akan naik ke kepala. Angin di kepala akan mengakibatkan sakit meroyan kepada ibu-ibu yang masih lemah.
2. Memakai stokin

Kaedah ini adalah untuk memastikan agar kaki tidak sejuk serta dimasuki angin. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
3. Jangan Duduk Mencangkung

Sekiranya ibu yang baru melahirkan anak duduk mencangkung, ia akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan boleh mengakibatkan ibu-ibu mengalami tumpah darah.
4. Mandi Duduk Di Bangku

Jika mandi harus duduk di bangku, kerana ianya boleh menjaga kesihatan peranakan. Selain itu,dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak perlu banyak menggunakan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih lemah.
5. Merapatkan Kaki Ketika Tidur

Jika tidur hendaklah dirapatkan kedua belah kakinya. Kaedah ini adalah untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
6. Jangan Terlampau Aktif

Ibu yang baru melahirkan harus duduk diam di tempat tidur sekurang-kurangnya selama tujuh hari. Adalah baik jika mempunyai pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Tujuan duduk diam ini adalah untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
7. Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu yang masih dalam pantang tidak dibenarkan memakan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan mengakibatkan ibu-ibu terasa kembung dan sakit perut. Ini terutamanya ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada bayinya.
8. Jangan Tidur Pada Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan untuk tidur pada waktu matahari naik kerana boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit.Adalah dicadangkan supaya ibu-ibu berjalan ke tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
9. Jangan Tidur Pada Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan anak dilarang untuk tidur di waktu senja. Ini adalah kerana pada waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin boleh menyebabkan fikiran ibu-ibu dalam pantang terganggu dan akhirnya boleh menyebabkan penyakit gila.
10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang untuk menjahit dan membaca. Ini disebabkan oleh keadaan fizikal yang lemah boleh mengakibatkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
11. Tidak Dibenarkan Keluar Rumah Pada Waktu Senja

Ibu yang di dalam pantang dilarang daripada keluar rumah pada waktu senja kerana waktu ini syaitan sedang berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
12. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk

Ibu-ibu yang di dalam pantang haruslah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Ini kerana jika terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
13. Pantang 100 Hari

Ibu-ibu amat digalakkan untuk berpantang selama 100 hari di mana ibu-ibu tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan ibu-ibu secara tidak langsung.
14. Cara Mandi Ketika Dalam Pantang

Ramuan tradisi yang terdiri daripada daun nangka, daun pandan dan daun inai. Bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. 

Gunakannya untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu atau selama berpantang.
sumber ohibu

Amalan Lain Semasa Berpantang

1. Ibu yang dalam pantang juga disarankan memakai selimut tebal jika cuaca sejuk supaya badan tidak dimasukki angin, bila bangun pagi badan terasa sihat dan segar.
2. Bertungku adalah amalan yang baik semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan rahim dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku boleh dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
3. Minum air pati kunyit selama 44 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
4. Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan kembung dan sakit-sakit badan.

5. Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Ia boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Dan jangan lupa amalkan Set Berpantang Shaklee untuk penyumbuhan luka yang cepat, dapat mengawal emosi semasa dalam pantang dan membantu dalam penyusuan.

Jika berminat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970


No comments:

Post a Comment