Wednesday 11 November 2015

11 Cara Atasi Anak Buat Perangai


Semua ibu bapa tentu sudah biasa menghadapi situasi anak menangis. Menangis dan anak kecil adalah perkara sinonim. Bagi bayi baharu lahir, menangis adalah salah satu cara mereka berkomunikasi. Tetapi bagi anak berusia lebih daripada tiga tahun dan ke atas menangis merupakan salah satu cara mereka meluahkan perasaan. 
Antaranya seperti sakit, sedih, dimarahi, permintaan tidak dipenuhi. Tetapi ada juga keadaan di mana si kecil menangis tanpa alasan yang munasabah.
Pasti anda bingung apa sebenarnya keinginan si anak. Secara umumnya anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat kepada persekitaran yang menarik perhatiannya iaitu melalui cara pendengaran, rasa dan sentuhan.

Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan mula buat perangai. Selain dari itu, akibat kurang kemahiran berkomunikasi, anak-anak kecil tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan sebenar mereka.
Oleh itu, ia mudah membuatkan mereka cepat 'naik angin. Maka sebagai ibu bapa, kita harus mencari penyelesaian dan penyebab anak menangis dan bukan hanya menghilangkan tangisannya sahaja.


Bagaimana mencegah anak daripada buat perangai

1. Ketahui benda atau tempat yang menjadi pencetus anak mula membuat perangai dan cuba elakkan dia berada di tempat tersebut.


2. Pastikan anak sentiasa kenyang kerana jika si kecil dalam keadaan lapar, dia cenderung untuk membuat perangai.


3. Sentiasa bawa snek sihat di dalam beg apabila anda membawa anak keluar bersiar-siar.


4. Beri pujian yang positif kepada anak jika dia berkelakuan baik sebagai satu perangsang supaya dia sentiasa tidak membuat perangai.








5. Wujudkan mood ceria kepadanya kerana ia akan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai.


6. Didik anak untuk bersabar jika dia mahukan sesuatu menggunakan kata-kata lembut seperti "Tunggu sebentar boleh".


Bagaimana menghadapi anak kuat menangis

7. Alihkan perhatian anak kepada perkara lain sekiranya dia tidak dapat mengawal diri dengan menangis dan menjerti akibat kemahuannya tidak dituruti di tempat awam.


8. Jangan herdik, ancam atau menghukum anak di tempat awam. Sebaliknya tawarkan dia permainan atau aktiviti lain yang boleh menghentikan tangisan atau jeritannya.


9. Jangan mudah menyerah kalah dengan tangisan si kecil. Tetapkan pendirian anda. Apabila tangisannya tidak dihiraukan, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.


10. Mungkin boleh cuba membuat muka lucu atau suara kelakar bagi menghentikan tangisan si manja.


11. Elakkan memukul anak kecil. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional kepada si manja.
SUMBER PAMA

Jika anda berminat dengan Produk Shaklee atau ingin Menjadi Ahli Shaklee boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970

*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

COD Area MELAKA sahaja 

No comments:

Post a Comment