Tuesday 20 October 2015

7 Tips Memilih Taska



Selepas habis tempoh cuti berpantang, ibu yang bekerjaya akan memulakan kembali rutin kariernya.

Berikut adalah beberapa TIPS untuk ibu bapa yang pertama kali mahu mencari dan memilih pengasuh atau taska.


1. Peribadi Pengasuh atau Guru

Ketika berjumpa pertama kali, lihat bagaimana dia melayan anak-anak orang lain.
Adakah dia menjerit-jerit atau bercakap dengan baik?

2. Tanya Orang Yang Berpengalaman

Tanya saudara-mara atau rakan terdekat yang berpengalaman menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska. Saranan dan nasihat yang dikongsi sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pertimbangan.

3. Buat Perbandingan

Setelah bertanya kepada orang yang berpengalaman dan membuat carian di Internet, buat perbandingan dari sudut lokasi, harga, perkhidmatan, kualiti jagaan dan sebagainya.

4. Bersesuaian Dengan kualiti dan harga

Tidak salah untuk berbelanja lebih sekiranya keselamatan anak anda terjamin dan selesa, berbanding bayaran murah tetapi anak tidak terjaga.
Paling penting anda percaya dengan pengasuh dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaannya.

5. Tinjau Kebersihan

Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan pemilihan.Secara tidak langsung ia dapat memberikan gambaran

6. Pandai Ilmu Keibubapaan dan Sukakan Bayi

Cari pengasuh yang benar-benar tahu mengurus anak. Bukan hanya tahu memberi makan atau menidurkan anak, bahkan tahu juga merawat anak sekiranya anak anda tidak sihat atau pandai meleraikan anak-anak yang bergaduh dengan cara yang sesuai, dan ada perasaaan sayangkan anak kecil.

7. Kerap Berhubung

Zaman serba canggih ini memudahkan pengasuh atau guru untuk saling berhubung dengan ibu bapa. Pengasuh atau guru yang baik akan sentiasa mengambil berat tentang anak di bawah jagaan mereka dan berkongsi perkembangan dengan ibu bapa.

Semoga usaha ibu bapa berjaya menemukan si anak dengan pengasuh yang bertangunggjawab.




Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

SHAKLEE ID NO. 923970


No comments:

Post a Comment