Tuesday 20 October 2015

9 Cara Merawat Bengkak Susu

Selepas beberapa hari anda melahirkan bayi, payudara akan membengkak dan mengandungi susu.Payudara berasa lebih berat, penuh, dan sedikit tegang menandakan proses menyusu badan sudah berjalan dengan lancar.


Apa yang menyebabkan anda mengalami bengkak susu adalah apabila anda tidak memberikan segera susu selepas menyedari payudara sudah membengkak dan penuh. Ia mengakibatkan salur susu tersembut atau terhalang.

Rasa sakit yang berdenyut dan payudara membonjol ada kalanya boleh membawa sakit sehingga ke bawah ketiak. Ada sesetengah ibu yang mengalami bengkak susu boleh membawa ke demam. Tetapi jangan risau ianya sementara dan dapat diatasi.

Terdapat beberapa langkah dan kaedah yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan bengkak susu.

Cara-cara merawat bengkak susu

1. Perkara yang paling mujarab dan berkesan adalah dengan menyusukan bayi anda bagi mengurangkan rasa bengkak tersebut. Ia dapat melegakan si ibu.
Cuba lekapkan puting payudara kepada mulut bayi dan teruskan penyusuan, sebolehnya anda lebih kerap memberi susu iaitu setiap dua hingga tiga jam.

2.  Anda juga perlu pastikan bayi menyusu kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Pastikan sebelah pertama dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payudara sebelah lagi. 

3.  Selain itu, anda boleh mengeluarkan susu anda dengan menggunkan pam payudara 'breast pump' bagi mengurangkan ketegangan pada payudara.

4.  Melakukan sedikit urutan pada payudara secara perlahan-lahan sementara bayi sedang menyusu.

5.  Cara lain yang boleh ialah dengan menuam payudara dengan botol yang berisi air suam. Sesetengah ibu juga mendapati mandi air suam turut membantu mengurangkan rasa sensitif payudara

6.  Pastikan bra atau coli tersebut benar-benar padan dengan saiz payudara anda.

7.  Malah ada segelintir para ibu cuba merawat secara remedi dengan meletakkan daun kubis di dalam bra bagi membantu mengurangkan bengkak susu.



8. Menurut pakar penyusuan Dr. Jack Newman, LECITHIN dapat membantu mengurangkan bengkak susu mungkin dengan meningkatkan lemak tidak tepu jenis poli yang mengurangkan susu melekat antara satu sama lain. Dos yang dicadangkan ialah 3600-4800mg sehari. Untuk LECITHIN Shaklee, ibu boleh makan 3-4 biji kapsul sehari. (1 kapsul 1200mg). Selepas dalam seminggu pengambilan, dan sakit semakin kurang ibu boleh mengurangkan dos LECITHIN

9. Jika anda masih tidak dapat menahan sakit,anda boleh la mengambil ubat tahan sakit.

LECITHIN mengandungi 180 kapsul yang berharga RM56.98. Tetapi jika anda menjadi ahli anda akan mendapat discount 20%.

Keahlian hanya RM80 seumur hidup. Pelbagai benefit yang akan diberikan jika anda menjadi ahli Shaklee seperti anda dapat membeli dengan harga ahli, anda dapat mengumpulkan point dengan setiap pembelian dan pelbagai tawaran menarik yang Shaklee berikan.

Jika anda berminat boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

SHAKLEE ID NO. 923970





No comments:

Post a Comment