Tuesday 3 November 2015

3 TIPS Dalam Memulakan Bisnes Dari Rumah


Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang agak popular hari ini. Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Berikut adalah 3 TIPS dalam memulakan bisnes dari rumah:

1. Lakukan perniagaan yang diminati

Antara sebab memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ianya adalah lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, serta jenis perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya dalam memulakan apa pun jenis perniagaan, lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.

Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadikannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.

 2. Cari kelainan dalam perniagaan
Menjalankan perniagaan kini adalah agak kompetetif oleh kerana pesaingan yang agak tinggi. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industri tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.

3. Pekhidmatan lebih personal

Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.

Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.

Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.

SUMBER IRFAN KHAIRI
Bingung hendak mencari perniagaan dari rumah?

Boleh sahaja mencuba perniagaan Shaklee yang boleh menjamin masa depan anda, Insyallah.

Dalam Shaklee, segalanya diberikan panduan. Malah kini syarikat Shaklee turut menydiakan kelas iaitu New Distributor Training. Namun walau banyak kursus dianjurkan tetapi jika diri sendiri masih berdiam diri, berpeluk tubuh, kejayaan tidak akan datang.
Banyak yang berlaku mereka yang gagal menyalahkan orang lain, Ini kerana sibuk mencari alasan menutupi kesalahan diri yang tidak mahu berusaha. 

Jom hubungi saya, Insyallah saya akan cuba membantu anda.


Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970
*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak




No comments:

Post a Comment