Thursday 29 October 2015

5 Cara Mudah Atasi Sakit Pinggang Ketika Hamil




Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang sebenar apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.

Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.

Sesetengah wanita akan mengalami skiatik semasa hamil. Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu atau mencucuk-cucuk di bahagian kaki anda. Namun, ada pendapat mengatakan skiatika bukan disebabkan oleh bayi yang menekan saraf. Jika anda mengalami skiatika, kemungkinan besar ia akan tetap berlaku samada anda hamil ataupun tidak.

Bagaimana Mengelakkan Sakit Pinggang Ketika Hamil?

Sakit pinggang boleh dielakkan dengan memastikan anda secergas yang mungkin sebelum anda hamil. Jika anda sudahpun hamil ketika ini, masih tidak terlambat untuk anda melakukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Senaman yang kerap dapat mengurangkan kemungkinan anda mengalami sakit belakang.

Jika anda tidak biasa bersenam, mulakan perlahan-lahan. Periksa postur anda, elakkan daripada mengangkat benda berat dan menuruti nasihat tentang penjagaan belakang juga dapat membantu mengelakkan masalah ini daripada berlaku.Jika anda perlu mengangkat sesuatu, pegang benda itu rapat kepada badan anda, bengkokkan lutut dan cuba jangan pusingkan badan.

Cara Mengurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

1. Senaman


Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis. Teruskan mengemut selama 5 hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Tenangkan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

2. Urutan


Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat ahli fisioterapi.

3. Postur Yang Baik


Jika anda mengalami kesakitan pada tulang punggung, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut.

4. Berenang





Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit pinggang semasa hamil.

5. Bantal Maternity



Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu mengurangkan sakit pinggang.



Ketika hamil, para ibu bukan sahaja mengalami masalah sakit pinggang. Malah turut mengalami masalah buasir dan morning sickness. Morning sickness ni walaupun nampak ringan dan bukannya penyakit berbahaya tetapi sedikit sebanyak akan mengganggu rutin harian kita. Sakit pinggang juga boleh menjadi tanda awal masalah ‘osteoporosis’ atau dalam kata lain tulang reput. Masalah kurang lawas jika dibiarkan boleh membawa kepada masalah buasir. Dari sakit sikit parah pula jadinya. Jadi apakah pilihan kepada masalah para ibu hamil yang menghadapi ketiga-tiga masalah tersebut?

Mudah saja. Anda perlukan Kalsium. Tetapi bukan sembarangan kalsium kerana penyerapan kalsium memerlukan bantuan dari mineral lain seperti magnesium, boron, mangan dan sebagainya. Tanpa kesemua mineral ini, kalsium tidak diserap sempurna oleh badan dan anda tidak akan mendapat kesan terbaik. Jadi apakah pilihan terbaik anda?

Pilihan terbaik anda semestinya dengan Ostematrix Shaklee!





Kenapa Ostematrix?

1. Mengandungi kalsium dari unsur semulajadi yang paling mudah diserapoleh       badan


2. Dilengkapi dengan magnesium, Vitamin D, boron, Vitamin K dan mangan           yang membantu memastikan penyerapan kalsium oleh badan adalah               sempurna untuk kesan terbaik.


3. Terbukti secara klinikal


4. Vitamin semulajadi





Ramai menganggap suplement semua sama. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.

Jawapannya tidak. Kalsium, terutama pil kalsium adalah berbeza antara satu sama lain. Pil2 kalsium terdiri dari pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.

Itupun, kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.

Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?

Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.






Jika anda berminat boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970


*Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

Tips Jimat Duit Dapur dan Elak Pembaziran


Menjadi kebiasaan antara perkara rutin ibu-ibu adalah urusan di dapur. Termasuk pembelian barang dapur berupa sayur, ayam, daging dan apa sahaja yang menjadi bahan masakan. Saya lebih menekan kan barang basah berbanding baragan kering kerana bahan ini yang selalunya berlebihan dibuang atau tidak terpakai.
Sayuran dan sumber protein mudah rosak, busuk, kurang khasiat dan tidak segar dek aktiviti mikrob yang berleluasa. Di tambah pula bahan ini cepat teroksida dan terdegradasi. Jadi seeloknya ia dimakan segar.
Tapi jika sudah tidak segar, mahu dibuang pula, sayang. Macam mana cara yang elok untuk dipraktiskan untuk mengelakkan barang dapur ini rosak dan terbuang?.
Apa TIPSnya?

Selalunya kita membeli bahan basah untuk dimasak dalam kadar seminggu sekali. Bukan sebulan sekali. Sebelum mula membeli, TULISKAN menu yang anda rancang mahu masak dalam seminggu. 

Contoh:-
Isnin.
Sarapan: Mee goreng kasih sayang
Tengah hari: Kurma telur + Sayur kobis campur


Selasa
Sarapan: Sandwich roti
Tengah hari: Ikan bakar+ Asam rebus+ Sup sawi.


Contoh sahaja ye..
Ya, terus buat menu begini untuk seminggu. Jika anda hanya ada di rumah sehingga Khamis, kemudian pergi bercuti, jangan pula buat menu sehingga Ahad.

Jadi, daripada menu yang sudah ditulis tadi, kita akan NAMPAK apa bahan yang diperlukan. Beli sahaja yang berkenaan. Mudah bukan?. Yang tidak termasuk dalam senarai, tak perlulah beli. Jadi, apa yang termuat dalam peti ais nanti, hanya yang diperlukan saja.

Apa yang kita dapat daripada tips ini jika diamalkan?.
  • Barang tak penuh dalam peti ais
  • Mudah cari bahan dalam peti ais
  • Jimat elektrik kerana kurang barang dalam peti ais
  • Cukup seminggu barang pun habis
  • Tidak terbuang begitu sahaja akibat busuk
  • Nutrisi bahan masakan terjaga, segar dan berkhasiat
  • Banyak lagi jika dapat difikirkan.
Mudahkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua..

Shaklee Id No 923970

Sumber ohibu

Dunia Surirumah




Dunia tidak berkembang kalau duduk di rumah menjadi surirumah sahaja. Tetapi jika surirumah adalah seorang yang rajin membaca dan bahan bacaan adalah berbentuk minda serta bukan hanya gossip semata-mata.

Saya percaya zaman sekarang semua rumah sudah ada internet, setiap orang sudah ada Facebook dan jika rajin akan menulis blog. Ini sahaja caranya untuk berhubung dengan dunia luar.

Saya sendiri tidak bekerja kerana mahu menjaga anak-anak saya sendiri. Saya mahukan banyak masa bersama dengan mereka dan menjaga mereka sendiri.

Namun saya juga ada tanggungjawab pada mak saya, mak dah besarkan saya dan hantar saya bersekolah. Memang mak tidak pernah minta duit pada saya, tetapi sebagai anak nak juga berikan mak sedikit duit kan.

Sebab itu saya muka belajar menulis blog. Saya kongsikan dunia Shaklee kepadamorang luar.Itu sahaja cara mudah saya berhubung tanpa perlu selalu keluar rumah. Ditambah suami saya kerja dan saya perlu jaga anak2 di rumah.

Hakikatnya saya pernah jadi surirumah terhormat. Tanpa gaji dan mengharapkan elaun suami. Bila suami dapat bonus boleh tumpang sekaki...tapi jauh di sudut hati tertanya...

Sampai bila nak mengharapkan duit suami? Bila saya nak dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri? Umur semakin meningkat tetapi tiada kejayaan yang saya dapat pada diri saya sendiri. Selain dari menjadi surirumah,menjaga anak-anak dan mempunyai keluarga..

Tiada nilai lain dalam hidup saya yang dapat saya banggakan. Hanya surirumah. Teringin nak jadi macam wanita lain yang ada kerjaya. Yang ada income sendiri.

Tetapi bila difikirkan kalau keluar bekerja bagaimana dengana anak-anak? Tidak berbaloi bekerja separuh daripada gaji membayar duit untuk taska anak-anak. Itu baru taska belum duit minyak dan duit belanja harian.

Hanya surirumah sahaja, tapi niat di hati teringin membeli barang impian dan mimpi makan angin dengan duit usaha sendiri.

Bagi saya seorang surirumah yang ada dumber pendapatan 3-4 angka pun dah maju! Sekurang kurangnya dapat memberikan sedikit pada mak. Memang bukan kewajiapan anak perempuan tetapi dalam hati pasti ada belas kasihan nak balas jasa mak pada kita dulu kan?

Jadi dari situ saya memang berniat nak bantu ramai surirumah, dalam mereka amalkan Vitamin Shaklee untuk seisi keluarga sihat , secara tidak langsung mereka usaha dapatkan makan Vitamin percuma. Seterusnya perlahan2 membina pendapatan daripada Shaklee untuk bantu ringankan beban keluarga.

Saya yakin para suami juga seronok bila isteri mereka boleh buat multitasking...buat kerja rumah dan waktu yang sama mereka boleh dapat beberapa ringgit bonus dari aktiviti yang mereka buat secara serius dari rumah.

Memang ramai yang berjaya dengan Shaklee permulaan income hanya RM puluhan dan seterusnya jadi ratus dan cecah ribu.

Walaupun tambahan hanya RM dua hingga tiga ratus ...ish banyak boleh bantu ringankan beban keluarga.

Kena tahu cara....


So jika anda adalah suami dan inginkan isteri anda lakukan something dirumah secara tidak langsung membantu ekonomi keluarga...apa kata cuba produk Shaklee dahulu dan kemudian buat keputusan bagaimana ia boleh bantu ekonomi keluarga.


Sharing anakuwiraku





Jika anda berminat boleh hubungi saya melalui:

Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

Email : mummyvitamins@gmail.com

Add FB : Azira Aziz

KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

Follow My Instagram : NEILAZIRAH

SHAKLEE ID NO 923970


Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak


Wednesday 28 October 2015

4 Tips Mengatasi Kembung Perut Pada Bayi



Perut kembung merupakan hal yang sering terjadi terutama pada bayi. Biasanya bayi yang mengalami perut kembung akan mudah menangis dan susah sekali untuk tidur. 

Saat masalah ini terjadi biasanya ibu yang kurang ilmu pengetahuan pasti mengira bayinya hanya sedang merasa kehausan saja padahal ia tidak tahu ternyata si bayi sedang mengalami perut kembung.

Kebanyakan ibu biasanya menyapu minyak telon atau minyak bawang pada perut bayi saat perut bayi sedang kembung. 

Ternyata menurut Dr Melisa, MBomed, SPA, seorang pakar kanak-kanak menerangkan bahwa menggunakan minyak telon, miyak kayu putih atau minyak bawang memang sudah sangat popular dan cara tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat untuk mengatasi perut kembung pada bayi, namun sebenarnya cara tersebut hanya menghangatkan perut bayi saja bukan untuk menyembuhkan perut kembung.

Sebenarnya sangat mudah untuk mengetahui bayi yang sedang mengalami perut kembung, dan apa saja penyebab yang mengakibatkan perut bayi menjadi kembung. 

Jom lihat dan baca perkara dibawah ini.

Cara Mengetahui Perut Bayi Kembung
  •  Perut bayi seperti keras bila ditekan
  •  Perut Menjadi besar dari biasanya
  •  Sering menangis tanpa sebab
  •  Bayi sering menarik-narik kakinya kearah perut
  •  Bayi lebih banyak bergerak dari biasanya
  •  Bayi sering buang angin
  •  Susah untuk tidur

    Penyebab Perut Kembung Pada Bayi
    • Menghisap botol susu yang sudah kering/habis
    •  Proses penyusuan susu ibu yang salah atau bayi mengeluarkan suara "cap-      cap" bila diberi penyusuan susu ibu
    •  Lampin digunakan bayi yang sudah basah atau jarang mengganti lampin
    •  Bayi sering tidur menghadap kipas angin
    •  Terlalu lama di suhu udara yang dingin 
    •  Susu formula yang tidak sesuai untuk bayi

    1. Meletak Kain/Tuala Hangat Pada Perut Bayi

    Kain/Tuala hangat yang diletak diatas perut bayi sangat digalakkan untuk mengatasi perut bayi yang sedang kembung,cara ini lebih efektif daripada menggunakan minyak kayu putih atau minyak telon.

    2. Mengurut Perut Bayi
    Meskipun minyak telon tidak boleh menyembuhkan perut kembung tapi hanya mengahangatkan saja, disini kita boleh gunakan minyak telon untuk mengatasi perut kembung dengan cara mengurut perut bayi dari bahagian atas hingga bawah secara berulang-ulang dengan perlahan.

    3. Tepuk Bahagian Belakang Bayi

    Cubalah untuk menggendong bayi anda sambil menepuk-nepuk bahagian belakang punggungnya ini akan membuat bayi merasa selesa dan gas angin dalam perut bayi boleh keluar.

    4. Membuat Bayi Tertawa

    Saat bayi mengeluarkan sendawa atau tertawa ini sangat bagus kerana akan mempermudah keluarnya angin yang ada dalam perut bayi. Tapi biasanya sangat susah untuk membuat bayi tertawa bila perutnya sedang kembung.

    Demikianlah cara mengatasi perut kembung pada bayi dengan cara yang betul, seorang ibu yang bijak harus tahu langkah-langkah apa saja yang harus dilakukannya seperti terjadinya perut kembung yang sudah biasa atau hampir semua bayi pernah mengalami perut kembung ini. 

    Semoga bermanfaat dan dapat membantu ibu-ibu semua.

    Shaklee ID No.923970















    Air Kosong dan Bayi


    Adakah anda ibu yang mengalami dilema untuk tidak memberi air kosong pada anak anda yang berusia bawah enam bulan? 
    Perdebatan hangat berlaku di antara anda dan ibu mertua anda, ibu sendiri malah penjaga bayi anda sendiri? 
    Jangan bimbang,  kami akan memberi anda 5 poin utama untuk anda nyatakan pada mereka. Poin nombor dua dan tiga, terutamanya boleh memberi kesan yang banyak kepada kesihatan bayi supaya anda dapat menjelaskan dengan berhemah kepada orang tua kita.
    Mengapa Kita Tidak Perlu Beri Air kepada bayi yang meminum susu ibu secara ekslusif (sehingga berusia 6 bulan):
    1) 80% daripada komponan susu ibu adalah air. Sekiranya bayi anda mahu menghilangkan dahaga, mengapa tidak terus memberi susu ibu supaya bayi boleh mendapatkan nutrien. Selain daripada itu anda akan mendapat mata bonus rangsangan tambahan untuk badan anda bagi menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. Ia adalah satu keadaan menang-menang bagi ibu dan bayi.
    2) Air untuk membersihkan dan menghapuskan bakteria baik daripada susu ibu yang diminum oleh bayi. Semua bayi dilahirkan dengan bakteria sihat untuk melindungi mereka apabila mereka memasuki dunia kita selepas berbulan-bulan berada dengan selamat dalam rahim anda. Bakteria ini adalah asas kepada sistem imunisasi mereka. Apabila anda menyusu bayi anda, anda sebenarnya menambahkan bilangan bakteria ini dan mengekalkan tahap kesihatan bakteria ini kerana susu ibu mengandungi kita berjuta-juta sel-sel hidup dan bakteria yang baik untuk meningkatkan imuniti bayi. 
    Jika anda memberikan air akan menyebabkan tahap imunisasi bayi boleh menurun atau mencuci keluar semua bakteria baik ini dari dalam badan bayi. Sekarang, nyatakan mengapa anda mahu berbuat demikian? Pastikan anak anda mendapat bahan yang baik untuk diri mereka!



    3) Air yang berlebihan boleh menyebabkan darah bayi menipis dan memberi kesan kepada kandungan darah mereka. Ini boleh menyebabkan tubuh kecil mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Dan yang paling teruk, buah pinggang mereka mungkin terjejas dan ia boleh menyebabkan kematian. 
    Bayangkan secawan air ditambah satu sudu milo. Ramuan ini adalah seperti darah kita. Kemudian anda terus menambah air ke cawan ini, akhirnya apa yang berlaku? Milo itu hilang, dicairkan. Jadi, jika ini adalah darah kami, semua besi, natrium dan semua jenis nutrien di dalam darah kita boleh dicairkan apabila bayi diberikan air yang terlalu banyak. Ini dipanggil mabuk air dan ini adalah sesuatu yang serius. Ia boleh membawa maut.
    4) Kandungan susu ibu kami berubah untuk memenuhi keperluan bayi. Contohnya pada hari-hari panas, susu kita lebih cair untuk memberi lebih banyak foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi. Dengan hanya memberi makan bayi apabila diminta, bayi anda secara semulajadi akan menerima dos yang sihat air dari foremilk (susu matang). Jadi tidak perlu untuk memberikan air.
    5) Perut bayi adalah sangat kecil. Jika anda memberikannya air, perut mereka akan penuh tetapi mereka mendapat rasa palsu dan dengan itu akan kurang meminum susu ibu. Ini akan memberi dua kesan iaitu adalah bekalan susu anda akan terjejas kerana badan anda menganggap bayi tidak memerlukan susu dengan itu ia akan mengurangkan penghasilan susu. 
    Manakala yang kedua adalah bayi tidak akan mendapatkan nutrien untuk membesar dan sihat. Jadi, bagaimana dengan memberi air boleh menjadi sesuatu yang baik? Ia membantu untuk mengurangkan susu anda dan bayi anda tidak boleh membesar dan sihat sejahtera.
    Jadi sekarang anda mendapat 5 poin penting daripada tajuk ini. Teruskan dan jelaskan pada mereka yang sering mengusulkan sesuatu yang memberi kesan pada anak anda.
    Shaklee ID No 923970
     Sumber Ohibu

    Checklist Barang Keperluan Bayi


    Menjadi keterujaan ibu bapa terutama sekali pertama kali bergelar ibu bapa menyambut kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Pengalaman pertama menjejak ke kedai barangan bayi membuatkan suami isteri menjadi rambang mata. Tak tahu apa yang nak dibeli. Disini pentingnya senarai barangan keperluan dibuat.
    Untuk mengelakkan tertinggal barang hendak dibeli dan juga mengelakkan pembaziran.
    Disini saya kongsikan Checklist Barang Keperluan Bayi
    1) Set Pakaian Bayi



    Disarankan membeli 2 – 5 pasang sahaja pakaian bersaiz newborn kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi. Antara pakaian asas ialah :

    • Baju Lengan Pendek – 3 pasang

    • Baju Lengan Panjang – 3 pasang

    • Seluar Pendek – 3 pasang

    • Seluar Panjang – 3 pasang
    • Sarung Kaki – 5 pasang
    • Sarung Tangan – 5 pasang
    • Barut Perut – 7
    • Topi – 2
    • Sapu Tangan – 2
    • Tuala – 2
    • Penyangkut Baju Berklip
    • Kotak atau Rak Pakaian

    Jika berniat untuk membeli lebih banyak pakaian bayi, adalah lebih baik beli saiz yang lebih besar sedikit sebab bayi biasanya cepat membesar.
    2) Lampin Bayi



    Terdapat pelbagai jenis dan saiz lampin di pasaran. Ada jenis lampin pakai buang dan lampin kain moden. Jika anda memilih untuk membeli lampin pakai buang, anda mungkin memerlukan satu pek yang bersaiz newborn dan beberapa pek bersaiz S.





    Ramai juga ibu moden sekarang yang memilih untuk menggunakan lampin kain moden (cloth diapers) yang lebih environment-friendly iaitu anda boleh cuci dengan mudah untuk menggunakannya semula. Lampin moden ini juga lebih selamat pada kulit bayi kerana dari fabrik kain. Dalam masa yang sama, ia sangat menjimatkan kerana boleh dipakai sehingga tiga tahun. Untuk permulaan, bayi memerlukan 7 – 10 helai lampin moden.
    Secara ringkasnya, barangan yang diperlukan ialah :
    • Lampin Pakai Buang (1 pek bersaiz newborn, 1 pek bersaiz S)

    • atau Lampin Kain Moden beserta insert (7 – 10 set)

    • Alas Menukar Lampin

    • Tuala Kecil
    • Tisu Basah (Wet Tissue)
    • Beg Lampin (Diapers Bag)

    3) Set Mandian Bayi


    Kulit bayi baru lahir adalah sensitif. Sesetengah bayi mungkin hanya sesuai menggunakan produk yang tertentu. Oleh itu, sebagai permulaan belikan pek percubaan.

    • Gel Mandian

    • Syampu

    • Besen Mandi

    Set mandian bayi ini tak perlu beli banyak kerana biasanya ia menjadi kesukaan kawan-kawan untuk dijadikan hadiah. Mungkin anda akan dapat banyak syampu bayi nanti. Siapa tahu kan?
    4) Set Penjagaan Bayi (Baby Care and Grooming)



    Bagi memastikan bayi dalam keadaan bersih dan selesa, beberapa keperluan berikut diperlukan

    • Minyak Telon

    • Bedak

    • Losen

    • Kapas (Baby Wipes)
    • Tisu Basah (Wet Tissue)
    • Putik Kapas (Cotton Bud)
    • Sikat
    • Penyepit Kuku
    • Bakul Sampah
    • Bakul Baju Kotor

    5) Kelengkapan Tidur

    Katil bayi tidak perlu dibeli dulu. Pada kebiasaanya bayi akan tidur dengan ibu bagi memudahkan penyusuan susu ibu terutamanya pada malam hari. Bagi memastikan bayi anda selesa ketika tidur, barang yang diperlukan ialah seperti :
    • Tilam

    • Cadar

    • Bantal kepala

    • Bantal Peluk
    • Selimut
    • Kain Bedung
    • Kelambu

    6) Set Penyusuan

    Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Terutama bagi enam bulan pertama. Jika anda berhasrat meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi mencecah 2 tahun,barangan asas yang anda mungkin memerlukan ialah :
    • Pum Payudara (Breast Pump)

    • Bekas Penyimpanan Susu Ibu (Storage Bottle or Plastic)

    • Pek Ais (Cooler Pack)

    • Beg Pendingin (Cooler Bag)
    • Bateri
    • Botol Susu Bebas BPA
    • Putting Botol Susu
    • Berus Pencuci Botol
    • Pencuci Botol
    • Coli Menyusu (Nursing Bra)
    • Pelapik Coli (Nursing Pad)
    • Pakaian Menyusu (Nursing Cloth)


    Semoga senarai yang disediakan ini lengkap serta dapat membantu menyediakan kelengkapan bayi baru lahir anda. Selamat membeli dan semoga pembaziran barang tak diperlukan dapat dikurangkan. Dan selamat menimang cahaya mata!
    sumber ohibu
    Tidak lupa juga keperluan ibu iaitu Vitamin Untuk Berpantang nanti pastikan Set Berpantang anda sesuai untuk bersalin secara normal dan czer
    (2 dalam 1). Takda lah nanti dalam pantang baru nak tercari-cari lagi-lagi jika ibu yang bersalin czer kerana bersalin czer jamu amat tidak digalakkan semasa berpantang dikhuatiri luka bersalin lambat sembuh.

    Jadi kalau yang tiada idea dan risau Set Berpantang tidak sesuai semasa dalam pantang jom baca DISINI. Insyallah membantu anda semasa berpantang nanti. Saya sendiri telah mencubanya dulu.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui 
    Call/ Whatapp/ PM : 019-6946898

    Email : mummyvitamins@gmail.com

    Add FB : Azira Aziz

    KLIK LIKE Fan Page My Mummy Vitamins

    Follow My Instagram : NEILAZIRAH

    SHAKLEE ID NO 923970

    *Penghantaran keseluruh Negeri Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak