Tuesday 27 October 2015

Tangani Adik-Beradik Bergaduh



Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.
Pendek kata memang pening kepala papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik, macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca anak-anak suka bergaduh.

Mengapa bergaduh?

*Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.

*Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.

*Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.

*Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

Bagaimana tangani pergaduhan

*Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

*Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.

*Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

*Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

*Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.

*Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel.
Sumber dara PA&MA

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa yang mengalami masalah pergaduhan anak-anak...
Biasalah tu kan gaduh-gaduh tapi dah besar mereka mesti rapat.. Kedua anak saya pun mereka selalu bergaduh tapi bila sorang tak ada cari pulak yang sorang lagi. Bila balik sekolah masing-masing baru jumpa bukan main peluk cium.. Begitulah telatah anak-anak kan, kita sebagai ibu bapa harus sabar dan atasi masalah mereka.

Shaklee ID NO. 923970






No comments:

Post a Comment